Mukhriz Letak Jawatan, Ahmad Bashah MB Kedah Baharu

ALOR SETAR: Datuk Seri Mukhriz Mahathir pada Rabu mengumumkan peletakan jawatan sebagai Menteri Besar Kedah berkuat kuasa serta-merta.

Mengumumkan perkara itu dalam sidang media di Wisma Darul Aman di sini, Mukhriz berkata, beliau dimaklumkan telah hilang sokongan majoriti di Dewan Undangan Negeri Kedah.

"Saya dimaklumkan saya hilang sokongan majoriti oleh Jemaah Pemangku Sultan Kedah semalam," katanya pada sidang media.

Mukhriz berkata, jawatan menteri besar diambil oleh Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan Umno negeri, Datuk Ahmad Bashah Md Hanipah.

Bagaimanapun beliau menegaskan tetap setia kepada Umno walaupun tanpa sebarang jawatan.

Mengenai jawatan Pengerusi Badan Perhubungan Umno negeri, beliau menyerahkan perkara itu kepada presiden parti, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Katanya beliau juga telah menolak tawaran untuk menjadi timbalan menteri yang ditawarkan oleh Najib.

"Saya akan terus lantang bersuara. Umno perlu menjalani transformasi drastik," katanya.

Dalam pada itu, Mukhriz turut mengumumkan perletakan beliau sebagai Presiden Persatuan Bola Sepak Kedah (KFA).

Mukhriz berkata beliau tidak memaklumkan kepada bapanya Tun Dr Mahathir Mohamad mengenai keputusannya untuk meletak jawatan. -Bernama

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana