Mengintai dicelah lawatan pertama PM bersama MB Kedah baru…

Sewaktu merasmikan Pusat Transformasi Bandar (UTC) Sungai Petani di Ukir Square bandar kedua terbesar di Kedah petang Jumaat,Datuk Seri Najib Tun Razak memulakan ucapan bertumpu kepada Datuk Ahmad Bashah yang hari pertama bertugas sebagai Menteri Besar Kedah.


Kata orang memang tak sah kalau Perdana Menteri sentuh mengenainya setelah Kedah melalui gelora politik selama dua minggu bila 14 dari 15 pimpinan UMNO Bahagian di negeri itu isytihar hilang kepercayaan pada Datuk Seri Mukhriz Mahathir.



Beliau jelas teruja melihat suasana sekitar Ukir Square yang merupakan UTC ke 10 di negara ini.

Ramai yang hadir dan senario di situ semacam tidak ada tanda Kedah baru saja melalui suasana politik yang mendebarkan.



Kecuali kelibat Mukhriz yang tidak kelihatan di situ, ramai pimpinan BN Kedah hadir.Begitu juga orangramai bersesak membanjiri kawasan itu.



Antara yang menarik kata Perdana Menteri ialah Ahmad Bashah telah ‘lulus’ ujian sebagai Menteri Besar.



Menteri Besar baru Kedah itu berucap sebelum beliau di majlis itu.

Ia adalah ucapan rasmi pertama yang pertama sebagai orang nombor Kedah.Nada dan cara penyampaiannya nampak penuh yakin dan steady saja.



Majlis di Ukir Square merupakan majlis ketiga hari itu sempena lawatan sehari Najib ke Kedah.



Lawatan Perdana Menteri itu bukanlah sesuatu yang diatur untuk ‘tunjuk sokongan’ pada Ahmad Bashah yang angkat sumpah jawatan sehari sebelum itu pada Khamis.



Ketiga-tiga acara - yang pertama merasmikan Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil di Jalan Paya Besar,Lunas dekat Kulim dan kedua bersembahyang Jumaat di Masjid Permatang Gedong,Sungai Petani sudah lama diatur waktu Mukhriz Menteri Besar.



Cuma kebetulan saja ia berlangsung semasa Ahmad Bashah baru sehari rasmi bertugas sebagai Menteri Besar.



Suasana di ketiga-tiga tempat tentu boleh buat puak-puak yang cuba bagi gambaran negatif mengenai perubahan kepimpinan negeri tidak sedap badan.



Kehadiran Perdana Menteri dan Ahmad Bashah di Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil di Lunas mendapat sambutan hangat di kalangan penduduk tempatan.



Hadirin berebut untu bersalaman dan bergambar dengan Najib dan Ahmad Bashah.



Suasana sama juga semasa kedua mereka pergi bersembahyang Jumaat di Masjid Permatang Gedong,Sungai Petani.



“Orang luar di negeri lain mungkin tidak faham situasi di Kedah cakap macam-macam negatif di media sosial.Datang dan lihat sendiri supaya dapat gambaran sebenar,”kata seorang pimpinan UMNO Bahagian di negeri itu sewaktu sembang-sembang dengan wartawan Agendadaily.



Dari perbualan kosong dan risik-risik di celah-celah acara itu bersamanya serta beberapa yang lain,jelas mereka sudah lama mengharapkan perubahan kepada pimpinan negeri.



Orang yang tidak tahu cerita main hentam mendakwa seolah tiba-tiba mereka menolak Mukhriz sedangkan itu bukan keadaan sebenar.



Malah lama sebelum isu Tun Dr Mahathir mengkritik Perdana Menteri dulu sudah banyak rungutan dikalangan UMNO Bahagian di Kedah pada Mukhriz.



“Kita sudah berkali-kali cakap dan nasihat padanya sebagai kawan supaya ubah cara.Dah berkali-kali namun tiada perubahan,”kata seorang lagi.



Mereka sekata merasa Mukhriz ‘ tidak begitu connect’ dengan pimpinan UMNO Kedah secara keseluruhan dan seolah hidup dalam dunia tersendiri.



Juga ikut mereka menjelang pilihanraya umum dua tahun lagi,belum ada sebarang gerak kerja konkrit dari segi politik di susun setakat ini.

Ini,bagi mereka agak merisaukan dan tidak boleh dibiar berterusan.



Seorang lagi membangkitkan kisah bekas Menteri Besar itu tidak begitu ngam dengan KCS yakni pegawai-pegawai kerajaan negeri Kedah.



“Jangan dengar cakap kami saja .You pergi check dan risik sendiri,”katanya.



Mengenai dakwaan Mukhriz selalu balik Kuala Lumpur pada hujung minggu dan keluarganya tidak mahu menetap sepenuh masa di Alor Star,kata mereka bukan cerita rekaaan.



Mereka selama ini mengharapkan Mukhriz berpijak jadi ‘orang Kedah’ dalam erti kata sebenar dan bukan hatinya sentiasa ingat di Kuala Lumpur.



Isu keluarga Mukhriz tidak mahu menetap di Alor Star dan hidup bersama-sama mereka di negeri yang dipimpinnya sudah jadi gosip umum.



Ini berbeza dengan Menteri Besar dan Ketua Menteri lain yang hidup bersama keluarga mereka di negeri masing-masing.



“Banyak lagi yang malas kami nak cerita,”katanya.



Mengenai Ahmad Bashah yang dikatakan tidak mempunyai kelulusan tinggi,mereka tidak nampak ia jadi satu masalah.



Bagi mereka PR atau cara beliau bawa diri ‘hemoi’ dengan orangramai…itu kualiti yang amat diperlukan sangat diperliukan di Kedah.



“You harus lihat senario politik Kedah secara keseluruhan.Jangan ingat kami tidak tentu pasal nak tembak Mukhriz.Kami bukan kemaruk kuasa dan nak ubah Menteri Besar tak tentu pasal,”katanya.



Menurut mereka bekas Menteri Besar Tan Sri Sanusi Junid sendiri yang banyak idea termasuk nak tanam padi atas bumbung juga gagal dari segi politik dan tidak dapat sokongan di negeri itu.



“Kita tak perlu orang kelulusan Universiti Oxford untuk tabir Kedah.Kita perlu pemimpin yang betul-betul dekat dengan rakyat dan pimpinan bahagian,”katanya.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana