Mahfuz…semua dia nak pulun...inilah dikatakan Nak Tunjuk Simpati Lah

Ibarat main bola semua dia nak mencelah…semua dia nak masuk bila nampak ada peluang boleh ‘rembat gol’.
Cuma hairan sikit masa riuh isu Langkah Kajang dulu yakni  PKR nak buang Tan Sri Khalid Ibrahim sebagai Menteri Besar Selangor tidak pula nampak kelibat Datuk Mahfuz Omar sertai demo memekik sana sini membelanya.

Ahli Parlimen Pokok Sena ini ( gambar- kiri) yang sekarang dikatakan ‘PAS yang tidak begitu PAS’ nampak turut sibuk di Stadium Darul Aman,Alor Star Isnin malam.

Ini semasa perlawanan boleh sepak persahabatan antara pasukan negeri Kedah dengan Sungai Ara FC,Pulau Pinang dimana penyokong Datuk Seri Mukhriz Mahathir turut adakan acara untuk desak beliau kekal sebagai Menteri Besar.

Mahfuz kelihatan ke hulu ke hilir sepanjang acara itu bersama Mukhriz.

Kalau tanya orang politik sudah tentu rata-rata akan kata mereka cukup faham dengan apa yang tersirat  di sebalik gelagat ini.

Agaknya Khalid sendiri mungkin tersenyum sendiri melihat drama Mahfuz.

Masa tengah hangat isu bekas anggota UTK Sirul Azhar Umar yang ditahan oleh Imigresen Australia setelah lari perbicaraan kes Altantuya,Mahfuz sibuk membuat ‘ misi kemanusiaan’ membawa keluarganya melawat.

Mungkin pengakuan menerusi video terbaru Sirul yang bersumpah Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak tidak terlibat dalam kes pembunuhan model Mongolia itu buat Mahfuz gigit jari.

Sekitar 10,000 orang hadir untuk menyaksikan perlawanan bolasepak di stadium itu dimana pasukan Kedah menewaskan Sungai Ara FC.

Mukhriz telah berucap kepada orangramai di stadium itu selepas separuh masa pertama perlawanan bola sepak itu.

Pada sebelah petang Jemaah Pemangku Sultan Kedah telah adakan pertemuan dengan 20 Ahli Dewan Undangan Negeri di Wisma Darul Aman untuk mendapatkan pendirian masing-masing mengenai isu Menteri Besar.

Mukhriz juga hadir menjelang akhir pertemuan itu.

Pada ucapannya di stadium itu Mukhriz antara lain kata beliau akan tetap bersama rakyat Kedah dalam apa jawatan dan keadaan sekalipun.

Kata-kata itu dianggap membayangkan kemungkinan akan berlaku perubahan pada jawatan yang kini disandangnya.

Setakat ini 19 ADUN BN Kedah dan juga 14 pimpinan UMNO Bahagian negeri itu masih kekal dengan pendirian hilang kepercayaan pada pimpinannya kerana menggangapnya gagal dalam urus tabir politik parti.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana