Ku Li nafikan beliau ada buat ucapan di TTDI...Kerja Nak Buat FITNAH Saja

Tengku Razaleigh Hamzah menafikan beliau ada membuat sebarang ucapan di Taman Tun Dr Ismail pada 8 Februari yang lalu seperti yang diviralkan di media-media sosial.

"Mustahil saya akan membuat kenyataan berbau perkauman seperti itu," katanya. Beliau berkata sedemikian ketika ditanya mengenai saranannya agar Perdana Menteri dipilih terus oleh rakyat kerana 82% rakyat Malaysia terdiri daripada orang Melayu.

Beliau juga menafikan ada membuat kenyataan bahawa Petronas telah mengeluarkan notis akan memecat 5,000 orang pekerja. "Tidak. Mungkin ada pemberhentian tapi tidak seramai itu," tambahnya lagi.

Ditanya mengenai TPPA, Ku Li menyebut ia telah dibahaskan secara panjang lebar di Parlimen dan disokong oleh majoriti ahli Parlimen. "Jadi sudah tidak timbul sebarang isu lagi. Yang penting sekarang adalah bagaimana untuk memastikan rakyat kita mendapat manfaat terbanyak dari TPPA."

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana