Krisis Kedah: Khairy minta henti sebar berita palsu

SHAH ALAM: Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin Abu Bakar, meminta pihak yang menyebarkan berita palsu, kononnya kenyataan itu dikeluarkan olehnya berhubung Menteri Besar Kedah, supaya berhenti berbuat demikian.

Khairy yang juga Menteri Belia dan Sukan berkata, perbuatan tidak bertanggungjawab itu hanya memburukkan lagi kemelut yang sedang berlaku ketika ini.

"Hari ini, saya terima mesej daripada rakan saya yang bertanya sama ada kenyataan itu betul atau tidak. Jadi saya kata bacalah kenyataan itu. Tak masuk akal saya nak keluarkan kenyataan seperti itu.

"Ini usaha untuk mengadu domba dalam UMNO dan saya lihat ia adalah satu perbuatan yang sangat tidak bertanggungjawab sedangkan kita ada satu kemelut yang perlu diselesaikan dengan cepat dan berhemah," katanya.

Beliau mengulas mengenai satu kenyataan yang kononnya dikeluarkan oleh beliau dan diterbitkan di portal berita, Malaysiakini, membabitkan Datuk Seri Mukhriz Mahathir.

Bercakap kepada pemberita selepas merasmikan penutup Kejohanan Piala Presiden Persatuan Badminton Melayu Selangor, malam tadi, Khairy menjelaskan tidak akan membuat laporan polis mengenai perkara itu kerana berpendapat penafian daripadanya serta Malaysiakini berhubung perkara itu sudah memadai.

Malaysiakini, dalam penafiannya menerusi akaun laman sosial Twitter milik portal berita itu menyatakan tidak pernah menyiarkan berita berkenaan dan gambar yang digunakan dalam penerbitan itu sudah disunting.

Terdahulu, Khairy mengumumkan geran sebanyak RM50,000 kepada Persatuan Badminton Melayu Selangor, bagi penganjuran lebih banyak kejohanan.

Majlis malam ini turut dihadiri Pengerusi Majlis Tindakan Ekonomi Persekutuan Negeri Selangor, Datuk Seri Noh Omar.

Khairy turut meminta lebih banyak persatuan badminton negeri untuk menganjurkan kejohanan bagi mencungkil bakat baharu dalam sukan berkenaan.

"Tidak cukup untuk harapkan penganjuran oleh Persatuan Badminton Malaysia (BAM), Majlis Sukan Negara (MSN) atau persatuan kebangsaan. Kita perlu kejohanan seperti ini supaya dapat lihat bakat baharu," katanya.
 

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana