KITA PERLU AMBIL TAHU..... #ANCAMAN_VIRUS_ZIKA_DAN_KAEDAH_MENGHADAPINYA

Ada sahabat2 bertanya kepada saya tentang virus Zika yang semakin menjadi wabak di negara2 Amerika Tengah dan Amerika Selatan. Saya akan cuba menjelaskan perkara ini supaya mudah difahami semua.

Hingga ke hari ini negara kita masih tidak mempunyai kes Zika. Tetapi ia tidak bermakna jangkitan ini tidak boleh berlaku di negara kita. Zika disebarkan oleh nyamuk Aedes aegypti yang juga merupakan penyebab demam denggi. Negara kita mempunyai populasi nyamuk Aedes yang amat tinggi dan semestinya negara kita juga turut berisiko diserang Zika.

Namun, Zika adalah merupakan penyakit yang kurang bahaya berbanding dengan virus2 lain seperti Ebola, MERSCoV, Influenza, Denggi dan sebagainya. Ia tidak menyebabkan maut dan kebiasaanya tidak memerlukan kemasukan ke wad. Malah 60-80% dari jangkitan Zika ini tidak menunjukkan apa2 simptom atau tanda2 amaran langsung! Jika ada simptom sekalipun hanyalah seperti demam virus biasa seperti sakit kepala, sakit2 sendi, ruam2 kulit sahaja.

Jadi apa perlunya kita risau tentang penyakit ini bukan? Tiada kes dilaporkan sungguhpun nyamuknya berlambak dan tiada ancaman pada nyawa. Relax sudeyyyy....wat lek wat peace. 😉

Salah! Sungguhpun Zika tiada ancaman jelas pada nyawa, ia tetap mempunyai risiko khususnya terhadap bayi dalam kandungan. Terdapat perkaitan yang semakin banyak bahawa ibu2 yang dijangkiti Zika melahirkan anak dengan kecacatan yang dikenali sebagai microcephaly (kerencatan pembesaran kepala atau kepala yang kecil). Sungguhpun virus ini banyak menyerupai denggi, namun ia berlainan kerana turut boleh tersebar melalui hubungan seksual. Memandangkan 60-80% kes Zika tiada apa2 simptom, berkemungkinan transmisi boleh berlaku kepada isteri2 yang mengandung dan menjangkiti mereka. Risiko kecacatan pada anak juga akan meningkat.

Disebabkan virus ini tidak pernah diketahui ada di Malaysia, rakyat kita pada umumnya tidak mempunyai imuniti terhadap jangkitan ini. Oleh itu, ia boleh merebak dengan cepat sekiranya ada rakyat dijangkiti atau dibawa masuk oleh pelancong yang sakit.

Virus Zika ini tidak ada antivirus atau rawatan khusus untuknya sama seperti denggi. Kaedah merawatnya hanyalah secara simptomatik.

Apa yang anda boleh buat? Pertama sekali, anda perlu jaga kebersihan rumah dan sekeliling rumah. Elakkan air bertakung dan hapuskan tempat pembiakan nyamuk Aedes. Ini bukan saja menyelamatkan anda dari terkena jangkitan Zika, tetapi lebih utama, menyelamatkan anda dari terkena Denggi yang boleh membunuh! Mat saleh kata, kill 2 birds with one stone.

Elakkan melawat 22 negara yang mengalami wabak Zika pada ketika ini iaitu, Barbados, Bolivia, Brazil, Colombia, Dominican Republic, Ecuador, El Salvador, French Guiana, Guadeloupe, Guatemala, Guyana, Honduras, Martinique, Mexico, Panama, Paraguay, Puerto Rico, Saint Martin, Suriname, U.S. Virgin Islands, Venezuela dan Samoa. Jika anda mengandung, elakkan sama sekali melawat ke negara2 berkenaan buat masa ini.

Sekiranya suami anda baru pulang dari negara2 di atas, suruh depa berpuasa selama seminggu hingga 10 hari. Lepas tu boleh kondang kondeng sesuka hati.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana