Ketua Menteri Sarawak Temui Najib Berkaitan Pilihan Raya Negeri

KUCHING: Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Adenan Satem berkata beliau telah mengadakan pertemuan dengan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak di Kuala Lumpur Selasa malam untuk membincangkan mengenai pilihan raya negeri ke-11.

"Pertemuan dengan perdana menteri pada malam tadi berlangsung dengan amat baik ... itu sahaja yang dapat saya katakan," katanya kepada pemberita selepas merasmikan upacara menandatangani perjanjian pembelian bekalan tenaga antara Sarawak Energy Berhad dan Malaysian Phosphate Additives (Sarawak) Sdn Bhd di sini.

Adenan enggan mendedahkan butiran pertemuan tersebut tetapi berkata beliau akan membuat pengumuman dalam waktu terdekat pada sidang media.

Dalam pengumuman sebelum ini, Adenan mencadangkan supaya penamaan calon bagi pilihan raya negeri diadakan pada 18 April dan pengundian pada 20 April.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) akan mengumumkan tarikh penamaan calon dan pengundian sebaik sahaja Dewan Undangan Negeri dibubarkan. -Bernama

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana