Ketatkan akta banteras rasuah bukan sasar pemberi maklumat - SAMM

SHAH ALAM: Peguam Negara seharusnya memperkemaskan akta untuk membasmi rasuah dengan berkesan daripada meminda undang-undang dengan tujuan menyasarkan pemberi maklumat, tegas Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM).

Pengasasnya, Badrul Hisham Shahrin atau lebih dikenali sebagai Chegubard berkata tugas Peguam Negara adalah memastikan jenayah korupsi di negara ini dikekang bukannya melindungi mana-mana pihak dengan menutup mulut pemberi maklumat.

Beliau berkata demikian mengulas cadangan Tan Sri Mohamad Apandi Ali yang mahu meminda Akta Rahsia Rasmi (OSA) 1972 bagi memasukkan hukuman penjara seumur hidup dan 10 sebatan sebagai hukuman kepada pemberi maklumat serta wartawan yang melaporkannya.

"SAMM bersetuju sekiranya OSA ini hanya terpakai untuk perkara-perkara membocorkan maklumat yang bersifat pengintipan dan risikan, membocorkan rahsia sehingga boleh membahayakan nyawa orang ramai dan, keselamatan dan pertahanan negara.

"Tetapi, OSA tidak boleh digunakan untuk melindungi jenayah korupsi. Tidak kira sama ada korupsi dan salah urus tadbir itu berlaku di peringkat Kerajaan Persekutuan, Kerajaan Negeri, Kerajaan Tempatan malahan dalam Parti Politik sekalipun, ia harus ditentang dan dilawan," ujarnya menerusi kenyataan medianya hari ini.

Chegubard kemudiannya mencadangkan Apandi agar meminda dan memperkemaskan lagi Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 (Akta SPRM 2009) bagi membasmi kegiatan korupsi dengan lebih tuntas agar kedudukan negara dalam Indeks Persepsi Rasuah tidak terus berada pada tahap yang tidak membanggakan.

Apandi juga perlu mengemukakan kepada Kabinet dan Parlimen, satu pindaan undang-undang yang melindungi pemberi maklumat sehingga tertangkapnya mereka yang melakukan rasuah.

"Jika Kerajaan Pemerintah tidak melakukan sebarang kesalahan atau korupsi, mengapa harus takut dengan pendedahan maklumat? Apa yang perlu disorokkan daripada pengetahuan umum? Peguam Negara juga seharusnya membentangkan kepada Kabinet Cadangan Rang Undang-Undang Kebebasan Maklumat supaya masyarakat dapat bersama-sama melakukan semak-dan-imbang dalam urustadbir Kerajaan," ujarnya lagi.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana