Kerajaan Selangor Digesa Beri Penjelasan Projek Ganti Kubah Masjid Negeri RM32.4 Juta

KUALA LUMPUR, 3 Feb – Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Batang Kali, YB Mat Nadzari Ahmad Dahlan berharap projek ganti kubah masjid negeri dengan nilai RM32.4 juta akan mendapat penjelasan lanjut daripada kerajaan negeri khususnya Menteri Besar, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali.

Menurut beliau isu tersebut dengan jumlah peruntukan serta perbelanjaan yang besar sudah tentu akan menjadi pertikaian dan akan menimbulkan pelbagai persepsi di kalangan rakyat yang ingin mengetahui penjelasan lebih lanjut.

“Namun apa yang lebih penting sebenarnya perkara terbabit diharap tidak menjadi seperti isu Darul Ehsan Investment Group (DEIG), dana penstrukturan air Selangor, projek ‘facelift’ (ubah suai ringan) pintu gerbang Kota Darul Ehsan bernila RM9.8 juta yang sehingga kini tidak dihuraikan secara lebih jelas.

skandal PKR“Perkara-perkara tersebut adalah perkara yang cukup penting kerana ianya bukan sahaja melibatkan integriti malah melibatkan wang yang dibelanjakan. Jadi sudah pasti penjelasan lebih lanjut dan penerangan mengenai apa yang dipersoalkan oleh sesetangah pihak perlu mendapat jawapan yang telus dan konkrit.

“Kebarangkalian dan kemungkinan akan menjadi sepertimana isu-isu berkenaan nampaknya seakan ada. Apa pun kita amat berharap ianya tidak akan menjadi seumpama itu,” katanya.

Dilaporkan kerajaan Selangor di bawah pentadbiran Datuk Seri Mohamed Azmin Ali muncul dengan projek ganti kubah masjid negeri dengan nilai RM32.4 juta.

Ia dicatatkan dalam Belanjawan Selangor dan projek tersebut akan bermula pada Mac atau awal April ini sekaligus Badrul Hisham Shahrin atau lebih dikenali sebagai Che’GuBard menegaskan ia satu pembaziran dan bukan keperluan terdesak untuk mengeluarkan sejumlah wang yang besar dalam keadaan ekonomi yang tidak stabil.

Sebelum ini’ (ubah suai ringan) pintu gerbang Kota Darul Ehsan bernila RM9.8 juta, isu Darul Ehsan Investment Group (DEIG) dan dana penstrukturan air Selangor tidak mendapat penjelasan secara panjang lebar daripada kerajaan negeri.

Mat Nazari seterusnya menegaskan bukanlah menjadi hasrat beliau untuk mengungkit perkara berkenaan dengan tujuan politik dan sebagainya tetapi lebih daripada itu kerana ianya melibatkan persepsi umum.

“Kita bukanlah mahu menghalang pembangunan apatah lagi dalam soal mencantikkan institusi masjid…cuma tidak kena pada masanya. Apalah salahnya ditangguhkan buat sementara waktu dalam keadaan ekonomi hari ini.

“Bukankah mereka sendiri yang canang di sana-sini kerajaan pusat perlu peka kepada senario hari ini. Namun nampaknya di Selangor tidak pula sebegitu dan mereka seolah-olah lepas tangan semata-mata.

“Kenapa tidak mendahulukan perkara lain yang lebih memberi manfaat kepada rakyat. Bukan tak boleh buat seperti itu namun ianya tidak sesuai buat masa ini. Kenapa tergesa-gesa atau terdesak sangat.

“Rasanya tidak salah jika pihak yang berkaitan tampil dan memberikan penjelasan sewajarnya dan sudah tentu akan memberi kelebihan kepada mereka sendiri dengan adanya penjelasan yang padu,” ujarnya.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana