Kenyataan Pengarah Jabatan Hutan Selangor sahkan Azmin menipu, dakwa Chegubard

SEREMBAN: Kenyataan Pengarah Jabatan Hutan Selangor bahawa lesen mengeluar kayu balak hanya dikeluarkan selepas kelulusan Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN) mengukuhkan lagi pendedahan penipuan Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Azmin Ali bersabit isu itu.

Pengasas Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM), Badrul Hisham Shaharin atau Chegubard berkata jika sebelum ini Azmin boleh menyangkal dirinya terlibat dalam proses memutuskan tender kayu balak itu, kini tidak lagi.

"Perlu diteliti perenggan ke-8 kenyataan tersebut (dokumen sulit MMKN berhubung tender kayu balak) yang jelas menyatakan Lesen Mengeluar hasil hanya dikeluarkan selepas kelulusan Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (mesyuarat Exco).

"Persoalannya sekarang, siapa yang mempengerusikan mesyuarat Exco? Dan dari kenyataan tersebut juga dinyatakan bahawa agihan projek balak yang dimaksudkan 'tidak' melalui tender terbuka," katanya kepada Antarapos dalam satu sidang media ekslusif yang diadakan di pejabat SAMM, hari ini.

Chegubard turut menyatakan penghargaannya kepada Ketua Pengarah Jabatan Hutan Selangor kerana kenyataanya bersabit isu itu secara jelas menunjukkan Azmin menipu.

"Saya mengucapkan terima kasih kepada Pengarah Jabatan Hutan Selangor yang melalui kenyataannya membuktikan sekali lagi Azmin menipu kerana jelas dia terlibat dalam proses kelulusan projek balak yang dimaksudkan dan tidak wujud tender terbuka. Maka timbul persoalan berapa lagi projek puluhan juta tanpa tender terbuka ?," ujarnya.

Chegubard yang juga bekas Ketua Cabang PKR Rembau sebelum ini mendedahkan kerajaan negeri Selangor dibawah pimpinan Azmin menganugerahkan tender kayu balak secara terus kepada kontraktor yang diragui keupayaannya.

"Apa kriteria pemilihan sebuah syarikat ‘enterprise’ yang mempunyai bidang kerja rojak termasuk kutip sampah, bekal alat tulis, bekal pakaian dan macam – macam lagi yang tidak kena mengena dengan pembalakan dapat kerja membalak nilai puluh juta?," soal Chegubard.

Bagaimanapun Azmin menangkis dakwaan itu dan mencabar Chegubard mengemukakan bukti.

Pada 21 Februari lalu, Chegubard tampil mendedahkan dua salinan dokumen MMKN yang dikatakan menyebut bahawa dua kawasan pembalakan diberikan kepada dua syarikat tanpa tender terbuka.
 
Syarikat itu adalah Three Point Sdn Bhd (Batu Caves) dan NS Gemilang Trading & Services (Johor Bahru).

Jabatan Hutan Selangor sebelum ini mengusulkan kepada MMKN untuk menebang kayu balak di Hutan Simpan Kekal (HSK) bagi mememberi laluan kepada Tenaga Nasional Berhad (TNB) melaksanakan projek jajaran talian penghantaran elektrik dari Mahkota Cheras Hartamas ke PMU Mahkota Cheras (45 hektar) dan PMU Bukit Tarek ke PMU Chubadak (34 hektar).

Chegubard dalam pada itu, meminta Presiden PKR, Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail supaya bertindak dan  segera menyelesaikan permasalahan.

"Sekali lagi saya tegaskan semua teguran sudah dilakukan melalui proses dalaman parti sebelum ini dan ternyata tiada respon. Faham saya ialah perjuangan adalah pelaksanaan kata-kata...

"Bila tiada pilihan saya terpaksa membuat teguran dan pembongkaran terbuka, ternyata dia bukan sekadar tidak lut teguran malah terus ego dan bongkak," katanya.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana