Kenapa Nak Sibuk sibuk Dengan DAP....Jangan tentang kami di Sarawak, kata PAS kepada DAP

KUALA LUMPUR:  PAS mahu DAP supaya tidak bertanding di kerusi dipertanding oleh parti Islam itu dalam pilihan raya negeri (PRN) Sarawak bagi mengelakkan pertandingan pelbagai penjuru, demikian kata Timbalan Presiden PAS Tuan Ibrahim Tuan Man.

“Kami berharap DAP tidak akan bertanding di kerusi dipertandingi oleh PAS bagi mengelakkan pertandingan pelbagai penjuru,” katanya di sebuah sidang akhbar di sini hari ini.

Pengarah pilihan raya PAS Mustafa Ali yang turut hadir di sidang akhbar itu berkata, PAS akan hanya cuba mengelakkan daripada bertembung dengan PKR di PRN Sarawak.

“Kami tidak bercakap dengan DAP. Kami akan cuba berbincang dengan PKR dan akan cuba sedaya upaya elak bertanding dengan mereka. Tetapi hanya dengan PKR,” kata Mustafa.

Jika berlaku pertandingan pelbagai penjuru, Tuan Ibrahim yakin PAS berpeluang untuk menang.

“Kami sudah kaji demografi setiap kerusi dan peluang untuk menang wujud. Walaupun ia pertandingan tiga penjuru, ia tidak bermakna PAS tidak berpeluang,” katanya.

Sebelum ini, PAS mengumumkan ia akan mengemukakan 11 calon dan bersedia untuk berhadapan dengan sebarang lawan, termasuk DAP.

Daripada 11 calon, sembilan bertanding di kerusi sedia ada manakala dua lagi akan bertanding di kawasan baru yang diwujudkan ketika persempadanan semula lalu yang menyaksikan penciptaan 11 kerusi baru.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana