Kenapa Hakim Tarik Diri....?Hakim Tarik Diri Kes Rayuan Khairuddin, Chang

PUTRAJAYA: Seorang hakim yang terlibat dalam kes rayuan bekas pemimpin Umno, Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan dan peguamnya, Matthias Chang telah menarik diri daripada perbicaraan itu.

Ini berikutan permohonan yang dikemukakan kedua-dua individu tersebut untuk melucutkan kelayakan Hakim Datuk Mohd Zawawi Salleh selepas mendedahkan bahawa beliau adalah seorang rakan karib kepada kakak Khairuddin.

Peguam mereka, Mohamed Haniff Khatri Abdulla memberitahu tiga panel Mahkamah Rayuan yang dipengerusikan Mohd Zawawi.

Mohamed Haniff memberitahu permohonan itu adalah untuk memastikan agar orang ramai tidak memburukkan mahkamah.

Mohd Zawawi berkata beliau tiada masalah untuk menarik diri.

"Saya menarik diri daripada panel itu. Kita perlu dilihat tidak berat sebelah untuk memberi inspirasi keyakinan terhadap orang ramai," katanya.

Pihak pendakwaan memfailkan rayuan terhadap Hakim Mahkamah Tinggi, Datuk Mohd Azman Husin pada 18 November tahun lepas.

Mohd Azman memutuskan Khairuddin dan Chang tidak boleh didakwa di bawah Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012.

Khairuddin, 54, dan Chang, 66, didakwa cuba melakukan sabotaj terhadap perkhidmatan perbankan dan kewangan negara di lima lokasi antara 28 Jun dan 26 Ogos tahun lepas, mengikut Seksyen 124L Kanun Keseksaan dan dibaca bersama-sama Seksyen 34 kanun sama yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 15 tahun.

Lima lokasi itu ialah pejabat Ketua Bahagian Jenayah Ekonomi dan Kewangan Perancis di Paris; Balai Polis Charing Cross London, United Kingdom; pejabat Peguam Negara Switzerland di Bern; Balai Polis WaiChan, Hong Kong; dan ibu pejabat polis Cantoment, Singapura.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana