Jangan percaya…mesej kata IS nak serang Kota Kinabalu,Samndakan dan Lahad Datu



Ada-ada saja untuk cetus kegelisahan dan keresahan.Bayangkan apa jadi jika orang percaya Kota Kinabalu, Sandakan dan Lahad Datu menjadi sasaran kumpulan militan IS.

Jawabnya tentulah orang panik.Apa lagi mesej yang kini viral disebarkan minta orangramai tidak pergi ke tempat-tempat tertentu di situ.

Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Abd Rashid Harun berkata maklumat yang disebarkan itu hanya khabar angin dan orang ramai diminta tidak mempercayai serta menyebarkan maklumat tidak sahih berkenaan.Beliau menyataan demikian kepada pemberita selepas Majlis Pelancaran Op Selamat 8 sempena perayaan Tahun Baru Cina, di Penampang Selasa.
Serentak dengan itu beliau menafikan polis sedang buat gerakan khas untuk kesan kumpulan militan yang terlibat.

Maklumat ancaman penganas yang menjadi viral melalui aplikasi Whatsapp sejak semalam, dipercayai disebarkan pihak tidak bertanggungjawab berikutan beberapa aset dan anggota polis telah digerakkan melakukan operasi dan sekatan jalan raya di sekitar pusat bandar ini.

Abd Rashid menjelaskan pergerakan aset dan anggota itu adalah perkara biasa dan ia akan dilakukan dari semasa ke semasa serta tidak mempunyai kaitan dengan apa-apa kejadian atau ancaman seperti yang disebarkan.

"Kalau kita gerakkan aset yang sudah lama tidak beroperasi, itu bukan bererti ada perkara yang luar biasa berlaku...jadi jangan kaitkan dengan militan sekiranya kita mengerakkan aset dan anggota pada masa-masa tertentu," katanya

Beliau berkata orang ramai boleh berhubung dengan balai polis atau ibu pejabat polis daerah berhampiran untuk mendapat apa sahaja maklumat dan elakkan daripada mendengar khabar angin.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana