Jangan Buat Spekulasi.....Mercun punca letupan berhampiran UTC Ipoh

IPOH: Timbalan Ketua Polis Daerah Ipoh, Supt Anuar Othman mengesahkan letupan yang berlaku di Jalan Datuk Onn Jaafar, berhampiran Pusat Transformasi Bandar (UTC) di sini pada kira-kira 11 pagi tadi berpunca daripada mercun.

Beliau berkata mercun itu dipercayai diletakkan di dalam sebuah pasu bunga oleh seorang lelaki tidak dikenali.

Katanya sebaik menerima panggilan daripada orang awam pada kira-kira 11.30 pagi, anggota Jabatan Forensik dan Unit Pemusnah Bom Polis Diraja Malaysia bergegas ke lokasi kejadian.

"Sebaik tiba didapati satu pasu pecah kesan daripada letupan kuat tetapi serpihan letupan tidak mendatangkan kecederaan kepada orang awam," katanya.

Anuar berkata berdasarkan keterangan saksi di tempat kejadian, seorang lelaki yang memakai topi keledar berdiri berhampiran pasu berkenaan dan beredar sebelum letupan berlaku.

Kes disiasat mengikut Seksyen 427 Kanun Keseksaan kerana melakukan khianat.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana