ITULAH...PERCAYA SANGAT CAKAP PEMBANGKANG BERAPA RAMAI YANG TEPUK DAHI GARA GARA DIVIDEN TH?

Mungkin sudah menjadi nasib setiap institusi Islam di Malaysia, samada berbasiskan keuntungan atau kebajikan, menjadi sasaran pihak-pihak tertentu atas sebab musabab yang anda sendiri boleh fikirkan.

Berminggu yang lalu, Tabung Haji sekali lagi menjadi sasaran, apabila wujud pihak yang mendakwa rizab Tabung Haji sudah ke paras negatif, yang membawa maksud TH tidak lagi mampu untuk memulangkan wang simpanan pendeposit, apatah lagi membayar dividen.

Kenyataan tidak bertanggungjawab ini telah menyemarakkan panik rakyat, yang akhirnya membawa kepada hasutan agar para pendeposit mengeluarkan wang simpanan mereka dari TH.

Kuasa Allah SWT, bersama usaha dari mereka yang telah diamanahkan untuk mentadbir, TH telah mengumumkan dividen 5%+3% kepada pendeposit mereka, setelah memperolehi keuntungan bersih sebanyak RM3.53 Billion; pencapaian terbaik sepanjang 53 tahun beroperasi.

Apa sudah jadi dengan mereka-mereka yang mengeluarkan wang simpanan mereka gara-gara percaya dengan khabar dusta tentang TH? Dalam kerugian, atau merintih tetap mahukan dividen tersebut atas alasan teknikal?

Hitunglah berapa ramai yang terpedaya, jangan lupa pula hitung berapa ramai yang cuba menjadi jaguh apabila memanjangkan berita yang tidak sahih, semata-mata ingin menjadi orang yang pertama kononnya mengetahuinya terlebih awal? Tidakkah kita khuatir, bahawa apa yang kita sebarkan itu adalah pembohongan, dusta atau fitnah semata-mata?

Di sini lah pentingnya kita memahami maksud tabayyun; mencari kejelasan tentang sesuatu hingga jelas benar keadaannya. Di dalam Islam sendiri, ada tegahan yang jelas untuk tidak menjuruskan umatnya tersilap langkah, gara-gara terpedaya dengan berita-berita yang belum disahihkan kebenarannya.

Untuk mencari sesuatu yang sahih, perlu kita mengambil pendekatan mendengar dari kedua-dua pihak, yang menuduh dan yang tertuduh dan kemudian kajilah perkara berkenaan sebelum membuat kesimpulan. Perlu juga kita ambil peduli, dari siapa maklumat tersebut diperolehi.

Allah SWT berfirman, ayat 6, Surah Al Hujerat:

Maksudnya :”Wahai orang-orang yang beriman! Jika datang kepada kamu seorang fasik membawa sesuatu berita, maka selidiklah (untuk menentukan) kebenarannya, supaya kamu tidak menimpakan sesuatu kaum dengan perkara yang tidak diingini – dengan sebab kejahilan kamu (mengenainya) – sehingga menjadikan kamu menyesali apa yang kamu telah lakukan. “

Ketika mendapat sesuatu maklumat, hendaklah kita selidiki dahulu kebenarannya, sebelum mengambil apa jua tindakan yang difikirkan wajar. Biarlah sedikit lewat, asal ianya penuh dengan kebenaran.

Rasulullah SAW dalam hadisnya yang diriwayatkan oleh sahabat Anas bin Malik r.a, bahawa beliau bersabda,

“Ketenangan itu datangnya dari Allah, sedangkan ketergesa-gesaan itu datangnya dari syaitan” (Hadis ini dinilai oleh Syekh Al-Albani dalam kitabnya Shahihul Jaami’)

Kepada seluruh rakyat Malaysia, bertenanglah ketika menerima sebarang berita. Jangan rakus, penuh dendam dan pendek akal.

Waallahualam.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana