Itu DAP Akan Tetap Tolak TPPA kerana dasar bumiputera dilindungi dan diiktiraf

3 FEB : Perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik (TPPA) yang akan ditandatangani di New Zealand pada Khamis secara tidak langsung telah mengiktiraf bumiputera di peringkat antarabangsa apabila semua rundingan melibatkan dasar bumiputera telah dipersetujui negara besar seperti Amerika Syarikat (AS).

Pengerusi Majlis Ahli Parlimen Barisan Nasional (BNBBC), Tan Sri Shahrir Samad berkata, AS yang dahulunya marah dan menolak dasar tersebut dalam banyak perjanjian perdagangan (FTA) sebelum ini, kini mengiktiraf dasar tersebut melalui TPPA.

“Negara AS satu ketika dahulu tidak setuju dengan dasar bumiputera, sekarang mereka terima TPPA, maknanya mereka iktiraf, Malaysia ini bukan seperti negara dia kerana di AS tidak ada masalah kerana mereka bebas dan kalau ada dasar pun hanya melibatkan perkara tertentu.

“Dengan TPPA dasar bumiputera kita telah diterima dan diiktiraf malah kita punyai had (pengecualian) paling tinggi,” kata Shahrir yang ditemubual secara langsung selama satu jam pada program ‘Dialog’ oleh stesen televisyen RTM, Rabu malam.

TPPA secara logik katanya, menerima pelbagai pandangan dan sudah tentunya ada yang tidak bersetuju dengan perlaksanaannya.

“Di AS sendiri ada individu yang merupakan ahli pakar kepada Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) tidak bersetuju dengan TPPA kerana tidak menghormati hak asasi manusia.

“Ada rakyat Malaysia yang tidak bersetuju dengan TPPA kerana ia mempromosikan kepentingan rakyat bumiputera, melindungi kepentingan bumiputera dan berbagai sebab lain lagi,” katanya.

Menjawab persoalan mengenai nasib syarikat kecil dan sederhana yang dijangka akan lumpuh kerana perlu bersaing dengan syarikat daripada negara TPPA lain, Shahrir menegaskan perkara itu tidak perlu ditakuti.

“Bagi projek kontrak kerajaan di bawah RM315 juta ke bawah ia dikecualikan, dilarang disaingi oleh syarikat asing.

“Dalam projek yang bernilai RM70 juta seperti pembinaan sebuah sekolah misalnya memang boleh diberikan kepada syarikat bumiputera, syarikat kecil dan sederhana dan mereka masih boleh saingi. Bagi kerajaan negeri atau Pihak Berkuasa Tempatan, mereka tidak terlibat dengan TPPA kerana hanya melibatkan peruntukan kepada kerajaan pusat,” katanya.

Justeru, sebelum TPPA dilaksanakan lagi, Malaysia sudah berada di tangga ke 47 negara kaya daripada 100 negara di mana ada beberapa negara barat berada di bawah kedudukan Malaysia.

Sekali gus, fakta itu kata Shahrir menunjukkan Malaysia mampu menyaingi negara lain untuk terus maju dan negara sememangnya ada kemampuan berbuat demikian.

“Kalau kita sekadar mahu berada di tangga ke- 47, kita mungkin dalam keadaan selesa tetapi kita berkemungkinan tidak akan berganjak naik dari segi kehidupan, kebolehan dan kemewahan.

“Seperti sebelum ini kita marah ada McDonald, Starbuck dan sebagainya tetapi kita lihat rakyat negara kita tidak duduk diam, kita ada kelebihan bersaing dengan idea yang negara luar mulakan,” katanya.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana