Inilah DUNIA Pembangkang....Reality Bertukar Menjadi EMosi...Nanti

Ramai penyokong kerajaan merasa gerun dan kecut bila membaca artikel portal pembangkang. Malah ada yang menyalahkan Perdana Menteri dan kepimpinan parti ekoran kajian rakyat semakin hilang kepercayaan dan akan kalah di PRU14 akan datang.

Sebenarnya kalau diikutkan kajian-kajian mereka sejak PRU13, kerajaan Malaysia sekarang sudah ditadbir Pakatan dan Anwar Ibrahim menjadi PM. Mana ada kajian mereka yang menyebelahi kerajaan . Malah di setiap PRK pun, mereka sentiasa meramalkan kajian mereka di internet yang calon BN akan kalah seperti di Rompin dulu.

Kajian-kajian propaganda dimuatkan di portal pembangkang adalah merupakan strategi psywar pembangkang menggunakan kaedah reverse psychology. Mereka akan terus memainkan cerita fantasi rekaaan , memetik kenyataan rakyat pelbagai peringkat dan akhir sekali buat public opinion untuk menarik pengundi percaya retorik mereka.

Ini yang dilakukan oleh Anwar Ibrahim, Sotong Lapiji dan DAP buat kepada PDRM, Mahkamah, Peguam Negara sejak dulu daripada zaman reformasi hingga rakyat percaya institiusi ini jahat dan menjadi pekakas UMNO.

Ibarat kalau kita nak pergi berperang, jika ada seorang yang membawa berita dan menghasut kita akan kalah dengan pihak musuh, akhirnya pasukan kita akan tewas.

Jika benarlah apa yang di perkatakan Pakatan ini, kita tunggu dan lihat PRN Sarawak tahun ini, adakah benar kepercayaan rakyat semakin merosot terhadap BN. Jika BN menang jangan pula melalak berdemonstrasi bagai sebab tak dapat terima kekalahan dan buat alasan Blackout dan Bangla pula.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana