INI ADALAH AGENDA DAN TAKTIK JAHAT DAP. MOTIFNYA UNTUK MENCEMAR MINDA ANAK MUDA.

Kita semua sedar bahawa DAP kerap kali menggesa agar program Biro Tatanegara (BTN) Kerajaan segera dimansuhkan kerana dakwa DAP, sejak 30 tahun lalu BTN menjadi agen menyalakan api perkauman, perpecahan, ketaksuban dan sikap tidak tolak ansur di kalangan rakyat Malaysia. DAP juga menyarankan kepada kerajaan agar BTN patut dimansuhkan kerana berperwatakan rasis dan anti nasional.

Tetapi pelik sekali, DAP pula memperkenalkan Sekolah Demokrasi yang dilihat lebih bahaya dan lebih bersifat anti nasional dan juga berperwatakan rasis. Apa tujuan dan keperluan Sekolah Demokrasi ini dibuat???? Sememangnya ada agenda tersirat yang diinginkan pihak DAP. Hakikatnya DAP mempunyai agenda kotor dan jijik yang cuba mempengaruhi minda anak muda melalui Sekolah Demokrasi ini.

APAKAH ITU SEKOLAH DEMOKRASI DAP?

Bengkel dua hari dua malam dalam Sekolah Demokrasi ini akan mendedahkan para peserta kepada hal-hal kenegaraan, demokrasi dan politik dengan kaedah santai dan sekali-sekala menghiburkan iaitu diadakan dalam tiga tingkatan. Tingkatan satu menumpukan kepada idea-idea dalam politik dan cabaran-cabaran semasa. Tingkatan Dua mendekatkan peserta kepada soal-soal perlaksanaan idea dan realpolitik. Tingkatan Tiga melatih peserta untuk bergiat di lapangan.

MENGAPA PERLU MENYERTAI SEKOLAH DEMOKRASI?

Menjadi sekadar penonton politik di negara ini akan mudah menimbulkan rasa bosan dan jemu kerana yang lazim dipaparkan adalah pertelingkahan dan soal-soal permukaan. Anak muda perlu didedahkan dengan latihan mencukupi untuk mendalami politik idea dan melihat usaha pendemokrasian dari sudut berbeza.

Peserta Sekolah Demokrasi juga akan berpeluang menjadi sebahagian dari jaringan keluarga Sekolah Demokrasi yang terdiri daripada anak-anak muda pelbagai latar belakang dan aktif membincangkan isu semasa.

JANGAN LEKA KEPADA AGENDA TERSIRAT YANG CUBA DIBUAT DAP MELALUI SEKOLAH DEMOKRASI INI. WASPADA SEMUA!!!!

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana