Indonesia akan bangkrap…akan hancur…ini kata Jokowi

Apa bezanya Indonesia dengan Malaysia.Kalau baca luahan Presiden Jokowi daam ucapan beliau di majlis Hari Media Nasional Indonesia di Mataram,Lombok Tengah Selasa kita boleh fikir sendiri melihat  senario sama yang menular di negara ini.
"Bayangkan ada berita 'Indonesia diprediksi (diramal) akan hancur'. Coba bayangkan, dan ini bukan kali pertama berita seperti ini.

"Ada berita yang lebih besar lagi, 'Indonesia akan bangkrut, akan hancur', '(nilai) Rupiah (akan jatuh) pada kurs Rp 15.000, (gandingan) Jokowi-Jusuf Kala akan ambruk (roboh) , akan ambyar'. Saya cuma baca saja lho, ya," katanya.

Presiden Indonesia itu mengkritik media khususnya media online yang terjebak pada berita-berita sensasional yang dibimbanginya dapat mengganggu masyarakat.

Kata Jokowi judul-judul sensasi yang berasaskan andaian saja akan berterusan dalam era persaingan media seperti sekarang ini.

Beliau bimbang gejala ini akan beri kesan negatif kepada sikap rakyat serta hal-hal yang tidak produktif pada negara.

Luahannya di depan bos-bos besar dan wargakerja media Indonesia pada hari dan majlis yang penting itu amat mencuri perhatian.

Cuba tengok di Malaysia kebelakangan ini.Kata orang buka mata bangun tiap-tiap pagi saja kita sudah disajikan dengan berita seolah negara ini cacamarba dan akan hancur berkecai.

Selain dari pimpinan,program kerajaan dan apa saja yang lalu di depan mereka semuanya kena lanyak dar hari ke hari tanpa henti.

Tak cukup itu.Kini senapang dihalakan pada institusi penting seperti Tabung Haji untuk meruntuhkan keyakinan rakyuat kepada kerajaan.

Sedangkan fakta yang dibentangkan mengenai keteguhan Tabung Haji adalah jauh dari fantasi yang mereka cuba mainkan.

Segala penjelasan dan penerangan yang diberi diputar seolah tidak ada apa-apa makna.

Bagi mereka segalanya salah dan yang boleh pakai hanya suara pembesar di pihak pembangkang.

Disebalik semua ini,ada yang bertanya apa ‘istimewanya’ yang nampak di Selangor dan di Pulau Pinang setelah diperintah lebih PKR dan DAP hampir tujuh tahun.

Lihat kiri kanan dan renung sendiri.

Habuk satu program yang hebat dan buat rakyat teruja belum nampak ada setakat ini.

Kebanyakan yan tersergam indah di kedua-dua negeri adalah peninggalan kerajaan BN dulu.

PKR dan DAP cuma cuci kaki masuk di dua negeri yang sudah pesat membangun.

Setakat nak main sentimen siapa saja mampu cakap kosong.

Kalau Presiden Presiden Indonesia yang diangkat menerusi undi popular seperti itu boleh berdepan dengan serangan media online sebegitu teruk sekali apa nak hairan dengan rentak media online yang secara terbuka dan terselindung pro pembangkang di negara ini.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana