Husam nak cari perhatian... kata SUA PAS

Ada yang tidak beres dengan bekas Naib Presiden PAS Datuk Husam Musa yang kerap sangat kritik parti sendiri akhir-akhir ini.
Bagi Setiausaha Agung PAS Datuk Takiyuddin Hassan segala 'bunyi' yang dibuat oleh berkata desakan ADUN Salor Kelantan itu hanya untuk tarik perhatian.

Husam sebelum ini mendesak Takiyuddin dan Timbalan Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Amar Nik Abdullah meletakkan jawatan kerana gagal membentangkan usul pindaan Akta 355 di Parlimen.

"Saya pernah jadi setiausaha dia (Husam) sewaktu dia menjadi Ketua Pemuda PAS. Kemudian dia dilantik sebagai exco.

"Biasalah orang politik. Saya nampak dia hendak mencari perhatian," katanya kepada pemberita sewaktu ditemui di Ibu Pejabat PAS semalam.

Mengulas lanjut, Ahli Parlimen Kota Bharu itu menyatakan secara terbuka tidak berkecil hati dengan kawan lamanya itu

"Tidak ada, biasalah. Saya juga tidak rasa dia tikam dari belakang," katanya ringkas.

Takiyuddin ketika diminta mengulas mengenai tindakan disipin yang harus diambil terhadap Husam menyerahkan hal tersebut kepada PAS Kelantan.

"Yang itu serahkan kepada Kelantan. Biar Kelantan yang selesaikan urusan dia (Husam)," katanya.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana