Haron tokoh paling tepat kepalai kluster dakwah MPI - Asyraf

KUALA LUMPUR: Pemilihan Mursyidul Am PAS, Datuk Dr Haron Din sebagai Ketua Kluster Dakwah Majlis Perundingan Islam (MPI) adalah disebabkan ulamak itu merupakan tokoh paling tepat bagi mengepalai kluster terpenting berkenaan.  

Justeru Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki berkata, pelantikan tokoh itu bukan satu bentuk penghinaan, malah beliau menyeru semua pihak agar tidak mempolitikkan pelantikan tersebut.

Katanya pelantikan itu adalah penghormatan tertinggi kerajaan kepada Haron yang akan memperinci segala pandangan dan cadangan berkaitan hal ehwal dakwah Islamiah sebelum diangkat bagi dibincang dan diputuskan oleh MPI.

"Hakikatnya, ramai mengenali dan menghormati Dr Haron sebagai tokoh dakwah negara berbanding tokoh politik, lama sebelum beliau dilantik sebagai Mursyidul Am PAS.

"Bahkan sehingga hari ini kawan mahupun lawan yg berbeza fahaman politik pun tetap merujuk buah fikiran beliau dalam hal-hal berkaitan dakwah," kata Asyraf Wajdi dalam laman Facebooknya, hari ini.

Beliau berkata agenda dakwah Islamiah seharusnya diangkat sebagai agenda ummah dan merentasi ideologi politik kepartian yang rigid dan sempit.

"Sesekali alangkah molek untuk kita melihat sesuatu dalam kerangka yang lebih besar berbanding cuba menafsirkan setiap perkara daripada kaca mata politik yang memecah-belahkan," tegasnya.

Bekas Naib Presiden PAS Datuk Husam Musa dilaporkan sebagai berkata, pelantikan Haron dalam MPI oleh Timbalan Presiden Umno Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi pada dua hari lepas merupakan satu penghinaan kepada parti Islam itu dan perlu ditolak.

Menurut ADUN Salor itu, PAS perlu membuat satu keputusan politik bagi membetulkan perkara itu.

Sementara itu, Timbalan Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man turut menangkis dakwaan Husam tersebut, dengan menyifatkann pelantikan Haron sebagai satu penghargaan dan bukannya satu penghinaan kepada parti.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana