Guru Besar SJKC Pai Chee dipindahkan, dirujuk kepada jawatankuasa tatatertib

PUTRAJAYA, Jumaat – Menteri Pendidikan, Datuk Seri Mahdzir Khalid berkata, Guru Besar SJKC Pai Chee, Mersing, Ang Swee Hoon yang didakwa terlibat dalam serangan perkauman terhadap seorang guru Melayu dipindahkan ke Pejabat Pendidikan Mersing buat sementara waktu.

Sehubungan itu, pengisian jawatan Guru Besar di SJKC Pai Chee akan diisi secepat mungkin dan Ang akan dirujuk kepada jawatankuasa tatatertib sebelum sebarang hukuman diambil ke atasnya.

“Guru Besar berkenaan buat sementara waktu dipindahkan ke Pejabat Pendidikan daerah sehingga menunggu siasatan penuh diselesaikan untuk dibawa kepada jawatankuasa tatatertib dan seterusnya diputuskan oleh Jabatan Pendidikan negeri mengenai bentuk hukuman yang bakal dikenakan,” katanya, dalam sidang akhbar selepas mengadakan lawatan kerja ke Jabatan Pendidikan Wilayah Persekutuan Putrajaya (JPWP), hari ini.

Mahdzir berkata, sekiranya guru besar tersebut didapati melanggar peraturan dalam perintah am sebagai penjawat awam, hukuman tegas boleh dikenakan.

Di laman Facebook semalam, beliau berkata, isu yang berkaitan dengan pentadbiran iaitu sebagai penjawat awam, guru-guru adalah tertakluk kepada Perintah Am penjawat awam, bukannya menyentuh perkauman.

“Secara ringkas kes adalah berasas dan 3 guru Melayu perempuan tersebut sudah dipindahkan dan digantikan dengan 3 guru Melayu lelaki yang baru posting.

“Saya menyeru semua pihak, sama ada pendidik atau pentadbir agar sentiasa mengamalkan tahap profesionalisme yang tinggi ketika menjalankan tugas.

“Sebarang aduan atau masalah yang timbul jika gagal mendapat penyelesaian di peringkat sekolah, salurkan kepada pihak PPD atau JPN sebagai rujukan.

“Walaupun begitu, saya menyeru jika ada berlakunya salah faham di peringkat sekolah dan PIBG, uruskanlah dalam suasana kekeluargaan terlebih dahulu.

“Saya juga bersedia untuk mendengar sendiri permasalahan yang timbul jika belum mendapat penyelesaian di peringkat tersebut,” katanya.

Sebelum ini, viral di media sosial laporan polis oleh seorang guru dari sekolah tersebut yang mendakwa diserang bapa seorang murid kerana memarahi anaknya.

Dalam laporan itu, guru berkenaan mendakwa bapa murid tersebut menghinanya serta membaling buku di bilik guru.

Dalam pada itu, guru tersebut turut mendakwa kejadian itu bukan kali pertama berlaku dan menuduh guru besar sekolah itu sebelum ini cuba memaksanya meletakkan jawatan atau memindahkannya dan dua orang guru Melayu lain di sekolah sama ke tempat lain.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana