Gara-gara ADUN PAS berpakaian ala-Dewa Cina

Ingat sebelum kena.Sekalipun kita wakil rakyat yang sebolehnya nak ambil hati pengundi dan orangramai namun selalu kena berhati-hati agar tidak terjadi seperti Ahli Dewan Undangan Negeri PAS kawasan Paya Jaras,Selangor Mohd Khairuddin Othman.

Gelagatnya berpakaian seragam ala maharaja Cina menghadiri majlis perayaan Tahun Baru Cina bersama masyarakat Tionghua di Wangsa Permai, Kepong Isnin telah mencetuskan kontroversi.Sebaliknya pakaian berkenaan dikatakan ada kaitan dengan keagamaan mereka. Ia menyerupai Dewa Cao Guo Jiu.Ekoran ‘kesilapan’ itu Khairuddin telah mengeluarkan kenyataan mohon maaf.
Katanya beliau berpakaian begitu bagi menghormati majlis dan budaya bangsa lain dan tidak menolak permintaan daripada persatuan penduduk Wangsa Permai.

Menurut Khairuddin beliau tidak tahu menahu pakaian yang dikenakannya itu menyerupai Dewa Cao Guo Jiu.

"Saya serahkan isu ini kepada kepimpinan pusat untuk putuskan kedudukan saya. Sekiranya saya bersalah dari segi hukum,saya mohon keampunan kepada Allah SWT dan saya mohon maaf kepada seluruh ahli dan kepimpinan PAS khususnya di Selangor atas kesilapan saya ini,”katanya.

Timbalan Ketua Dewan Ulama PAS Datuk Dr Nik Muhammad Zawawi Salleh berkata, insiden itu dikesali namun pihaknya yakin Khairuddin tidak berniat mempersendakan Islam.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana