Dewan Ulama PAS dukacita ADUN pakai baju dewa Cina

Dewan Ulama PAS menyifatkan isu ADUN PAS Paya Jaras Selangor, Mohd. Khairuddin Othman berpakaian menyerupai dewa Cao Guo Jiu sebagai insiden yang mendukacitakan.
Timbalan Ketuanya, Datuk Dr. Nik Muhammad Zawawi Salleh berkata, semua ahli PAS sepatutnya lebih berhemah dalam sebarang tingkah laku membabitkan aspek keagamaan.

Menurut beliau, langkah itu bagi memastikan tidak timbul permasalahan dan fitnah terhadap semua agama yang diamalkan rakyat di negara ini.

“Semoga kesilapan ini tidak akan berulang lagi dan kita harap segalanya diampunkan oleh Allah SWT,” katanya dalam kenyataan melalui laman web rasmi PAS (http://pas.org.my) Selasa.

Mohd. Khairuddin yang juga Setiausaha PAS Selangor mencetuskan kontroversi setelah gambarnya berpakaian menyerupai dewa Cau Guo Jiu dalam majlis sambutan Tahun Baharu Cina di Wangsa Permai, Paya Jaras, Selangor tersebar melalui media sosial semalam.

Walau bagaimanapun, beliau memohon ampun kepada Allah SWT dan meminta maaf daripada semua pihak yang tersinggung dengan tindakannya itu.

Nik Muhammad Zawawi menambah, Dewan Ulama PAS percaya tindakan Mohd. Khairuddin itu bukan bertujuan melanggar batasan agama serta memperkecil dan mempersendakan syariat Islam.

Sebaliknya, beliau memberita­hu, perkara itu berlaku kerana salah faham dan tidak mengamati kedudukan yang menyerupai bentuk amalan agama lain.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana