Dengki Dan Benci Melihat Melayu Bersatu.....Jangan politikkan pelantikan Haron Din

PUTRAJAYA - Pelantikan Mursyidul Am PAS Datuk Dr Haron Din sebagai Ketua Kluster Dakwah Majlis Perundingan Islam (MPI) bukan satu bentuk penghinaan, kata Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki.

Beliau yang juga Ketua Kluster Sosial MPI berkata Haron adalah tokoh paling tepat bagi mengepalai kluster terpenting MPI itu dan menyeru semua pihak agar tidak mempolitikkan pelantikan tersebut.

Katanya pelantikan itu adalah penghormatan tertinggi kerajaan kepada Haron yang akan memperinci segala pandangan dan cadangan berkaitan hal ehwal dakwah Islamiah sebelum diangkat bagi dibincang dan diputuskan oleh MPI.

"Hakikatnya, ramai mengenali dan menghormati Dr Haron sebagai tokoh dakwah negara berbanding tokoh politik, lama sebelum beliau dilantik sebagai Mursyidul Am PAS.

"Bahkan sehingga hari ini kawan mahupun lawan yg berbeza fahaman politik pun tetap merujuk buah fikiran beliau dalam hal-hal berkaitan dakwah," kata Asyraf Wajdi dalam laman Facebooknya, hari ini.

Beliau berkata agenda dakwah Islamiah seharusnya diangkat sebagai agenda ummah dan merentasi ideologi politik kepartian yang rigid dan sempit.

"Sesekali alangkah molek untuk kita melihat sesuatu dalam kerangka yang lebih besar berbanding cuba menafsirkan setiap perkara daripada kaca mata politik yang memecah-belahkan," tegasnya.

Bekas Naib Presiden PAS Datuk Husam Musa dilaporkan sebagai berkata, pelantikan Haron dalam MPI oleh Timbalan Presiden Umno Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi pada dua hari lepas merupakan satu penghinaan kepada parti Islam itu dan perlu ditolak.

Menurut Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Salor, Kelantan itu, PAS perlu membuat satu keputusan politik bagi membetulkan perkara itu. - Bernama

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana