Contoh Yang Terbaik.....'Terharu Melihat Lelaki Ini Sudi Membantu Saya'

Hari ini di Lapangan Terbang Subang, bateri kereta saya tiba-tiba tidak berfungsi. Honda Civic yang berhenti di belakang kereta saya, pemandunya berbangsa Melayu.

"Bro, boleh tolong tak? Bateri kereta saya sudah flat. Saya ada jumper cable, jadi boleh tak drive kereta awak ke kereta saya dan izinkan saya menggunakan bateri kereta awak untuk jump start bateri kereta saya?" tanya saya padanya.

Dia tersenyum pada saya dan mengundurkan keretanya. Bonet depan kereta dibuka, saya pun klip jumper cable dari kereta dia ke kereta saya. Akhirnya kereta saya berjaya dihidupkan kembali.

Saya meminta kawan saya merakam gambar kami berdua dan berterima kasih kepadanya. Nama dia Kahar, itu saja yang dia beritahu.

Pemimpin politik kita menggunakan sentimen perkauman untuk memprovokasi dan mengeruhkan lagi hubungan antara kaum untuk kepentingan masing-masing. Terharu hati saya melihat lelaki Melayu ini sudi membantu saya yang berbangsa Cina.

Saya jabat tangannya dan mengucapkan terima kasih. Dia tersenyum sebelum kami berpisah mengikut haluan masing-masing.

"Terima kasih Encik Kahar,"

Tolong sebarkan cerita ini dan viralkan agar seluruh rakyat Malaysia tahu bahawa hubungan di antara kaum Melayu dan Cina tidak keruh seperti mana yang disebarkan oleh pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab.

Saya juga berbuat perkara yang sama pada pengguna jalan raya yang juga menghadapi masalah yang sama tersandai di tepi jalan. Marilah kita menyebarkan rasa kasih sayang dan kebaikan pada seluruh rakyat Malaysia.

Kita tidak dapat melakukan kebaikan ini bersendirian, kita perlukan orang ramai turut serta dalam menjayakan 'misi' ini. Sebarkanlah agar orang ramai dapat melihat bagaimana saudara berbangsa Melayu ini membantu saya tanpa melihat pada warna kulit.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana