CERMIN KERETA DIPECAH, ADUN SEKINCHAN HILANG WANG RM20,000

KUALA SELANGOR – Ahli  Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sekinchan, Ng Suee Lim mendakwa beliau kerugian RM20,000 selepas wang tunai yang diletak dalam keretanya hilang dalam kejadian cermin keretanya dipecahkan.

Ng, 45,  berkata kejadian berlaku kira-kira pukul 12.20 tengah hari tadi selepas beliau meletakkan keretanya di kawasan tempat letak kereta yang terletak di seberang jalan berhadapan sebuah bank di pekan lama Kuala Selangor.

“Setelah kembali semula ke kenderaan saya selepas 10 minit kemudian, saya terkejut apabila mendapati cermin bahagian hadapan kereta jenis Mazda CX5 saya dipecahkan.

“Saya kemudian mendapati sebuah sampul surat bersaiz A4 berisi wang tunai RM20,000 yang diletakkan dalam kereta tersebut dilarikan,” katanya ketika dihubungi Bernama.

Beliau berkata wang tersebut sepatutnya digunakan sebagai bayaran bonus serta ‘ang pow’ bagi kakitangannya sempena sambutan Tahun Baru Cina nanti.

Sementara itu jurucakap Ibu Pejabat Polis Daerah Kuala Selangor mengesahkan menerima laporan daripada Ng berhubung kejadian itu yang disiasat mengikut Seksyen 379 Kanun Keseksaan.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana