Cadangan Peguam Negara Serangan Terhadap Kebebasan Bersuara - CIJ...Habis Nak Buat Fitnah Dan Manipulasi Satu Cerita Ker?

Jangan Fikir hak kebebasan bersuara saja jer...CIJ....jangan jadi bangang lah.

PETALING JAYA: Cadangan Peguam Negara untuk meningkatkan hukuman dibawah Akta Rahsia Rasmi merupakan serangan terhadap kebebasan bersuara, kata Pusat Kewartawanan Bebas (CIJ).

CIJ berkata mereka terkejut dengan serangan terhadap peranan kebebasan bersuara, menulis dan menyebarkan maklumat dalam menegakkan demokrasi di Malaysia.

"Ini adalah satu petunjuk kepada sebuah kerajaan yang tidak bertoleransi terhadap kritikan dan takut terhadap akauntabiliti.

"Satu kes 'shooting the messenger' untuk mengalih perhatian daripada isu sebenar iaitu tadbir urus yang baik dan ketelusan dalam sistem demokrasi," kata kumpulan tersebut dalam satu kenyataan pada Ahad.

Jelas CIJ lagi, cadangan tersebut memberi isyarat bahawa kerajaan menggunakan semua undang-undang untuk menyekat dan mengawal hak rakyat dalam kebebasan bersuara.

"Kami ingin mengingatkan peguam negara bahawa hak kebebasan bersuara di bawah Perkara 10 Perlembagaan Persekutuan termasuk hak untuk mendapatkan maklumat," katanya.

Menurut kumpulan itu, kebocoran yang dilaporkan baru-baru ini seolah-olah menjadi petunjuk kepada kegagalan kerajaan dalam menangani isu akauntabiliti dan ketelusan.

"Perlindungan sumber tetap menjadi salah satu perlindungan dan prinsip yang kuat, bukan sahaja untuk etika kewartawanan yang baik tetapi sebagai tonggak hak orang ramai untuk mengetahui dan menuntut akauntabiliti daripada kerajaan.

"Ia membolehkan media memainkan peranan penting dalam mendedahkan salah laku dan merangsang perdebatan awam mengenai perkara penting," kata CIJ yang menggesa AG untuk menghalang cadangan tersebut.

Sementara itu, Gerakan Media Marah (Geramm) menyifatkan kenyataan Mohamed Apandi sebagai ugutan secara terang-terangan dengan mengatakan bahawa tindakan mengancam media yang hanya menjalankan tugas melaporkan pekara yang mempunyai kepentingan awam adalah tidak wajar.

"Penggunaan sumber oleh akhbar tidak bermaksud untuk mensabotaj kerajaan tetapi mengejar kebenaran," kata Geram.

Kesatuan Kebangsaan Wartawan (NUJ) masih belum bersedia untuk mengeluarkan sebarang komen mengenai perkara ini.

"Beliau (Mohamed Apandi) hanya berkata kerajaan sedang mengkaji untuk meminda undang-undang pada masa ini, biarkan mereka buat keputusan muktamad dan NUJ akan memberi reaksi balas sewajarnya," kata Presiden NUJ, Chin Chung Siew.

Jabatan Peguam Negara (AGC) sedang mempertimbangkan untuk meningkatkan hukuman kepada mereka yang membocorkan rahsia rasmi negara.

Dalam satu temubual ekslusif bersama Sin Chew Daily, Peguam Negara Tan Sri Mohamed Apandi Ali berkata kes kebocoran rahsia rasmi telah meningkat dan media sentiasa melaporkan berita mengenainya dengan memetik sumber.

Beliau berkata Pejabat Peguam Negara sedang meneliti pindaan Akta Rahsia Rasmi 1972 untuk menghukum mereka yang membocorkan rahsia kerajaan termasuk penjawat awam, orang awam dan pengamal media yang enggan mendedahkan sumber berita mereka.

Menurut Mohamed Apandi, hukuman yang sedang dipertimbangkan adalah penjara seumur hidup dan 10 kali sebatan.

"Di sesetengah negara, membocorkan rahsia rasmi adalah satu kesalahan serius. Seperti di China di mana kesalahan itu membawa hukuman mati," katanya.

Mohamed Apandi menegaskan sekiranya wartawan cuba melindungi atau enggan mendedahkan sumber mereka, dianggap bekerjasama dengan pensabotaj.

"Kami mungkin mendakwa wartawan yang enggan mendedahkan sumber mereka.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana