Buruk Sangka Betul Perangai Rafizi Ni.....Bonus TH bukan bermakna kedudukan kewangan kukuh

Ye ke..dikatakan kamu ada simpan hampir rm500k..jika kewangan th tak teguh...keluar lah duit tu dan masukkan dlm institusi yg untung...

SHAH ALAM - Pemberian bonus tahunan lima peratus dan bonus haji tiga peratus kepada pendeposit Tabung Haji (TH) bagi tahun 2015 bukanlah satu jaminan atau bukti kepada kedudukan kewangan yang kukuh.

Ini kerana menurut Setiausaha Agung PKR Rafizi Ramli, kedudukan rizab Tabung Haji diunjurkan terus negatif bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2015.

Menurut Rafizi lagi, pemberian bonus tersebut hanya bertujuan mengaburi mata pendeposit TH memandangkan TH pernah terlibat dengan urusan jual beli badan pelaburan 1Malaysian Development Berhad (1MDB) yang dilaporkan merugikan.

“Adalah sangat penting bagi pendeposit dan rakyat tahu yang pengumuman bonus tahunan bukan bermakna kedudukan kewangan TH kukuh. Tambahan pula ia terlibat dalam beberapa pelaburan yang mendatangkan kerugian besar dan kebelakangan ini terlibat dengan 1MDB.

"Ini selaras dengan peringatan yang diberikan Bank Negara Malaysia," katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurutnya, meskipun Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom mengumumkan keuntungan sebanyak RM3.53 bilion pada tahun lalu, semua pihak harus mengambil kira angka defisit mencecah sehingga RM3.195 bilion yang berlaku pada TH, tahun lalu.

"Memandangkan prestasi Bursa Kuala Lumpur jatuh mendadak sepanjang 2015, kerugian akibat kejatuhan harga saham dan sekuriti diunjurkan boleh mencecah sehingga RM3.14 bilion. Jika kerugian akibat kejatuhan harga saham mencecah paras tersebut, ia boleh menghapuskan keuntungan yang diumumkan oleh Jamil Khir,” katanya lagi.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana