Billboard 'Bebas Anwar' kini dilihat begitu banyak terpampang di Selangor...

PETALING - Bridget Kesatria Muda Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia, yang diketuai oleh Armand Azha Hj Abu Hanifah hari ini membuat dua laporan polis di Balai Polis Damansara Utama, Damansara keatas media rasmi kerajaan Negeri Selangor, akhbar Selangorkini dan juga Menteri Besar Selangor, Dato' Seri Azmin Ali berhubung tindakan kerajaan negeri tersebut menaikkan papan tanda 'Bebas Anwar' di sekitar negeri tersebut.

Menurut Armand, kandungan papan tanda bertulis 'Bebas Anwar, Bebas Rakyat' itu dianggap mencabar keputusan institusi mahkamah dan undang-undang negara terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim, sekaligus mencetuskan kekeliruan seolah-olah Anwar merupakan tahanan politik.

Tambah Armand, "Terdapat kemungkinan bahawa kerajaan negeri itu telah menyalah gunakan wang rakyat untuk tujuan menaikkan papan-papan tanda tersebut,

"Jika bukan wang rakyat, dari sumber mana dana diperolehi untuk tujuan itu? Kami inginkan kepastian, dan kami minta Kerajaan Selangor untuk tampil dan berikan penjelasan." Ujarnya lagi.

Berkenaan akhbar Selangorkini pula, Exco Pergerakan Pemuda UMNO itu memberitahu bahawa tindakan Kerajaan Selangor menggunakan akhbar rasmi tersebut bagi mempersoal mengenai keputusan mahkamah yang telah dijatuhkan ke atas Anwar Ibrahim adalah tidak wajar, dan menampakkan bahawa Kerajaan Selangor yang diterajui oleh PKR itu sekali lagi cuba untuk menimbulkan kekeliruan di kalangan rakyat.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana