BEZA KRISIS MB KEDAH - SELANGOR

1. Ketika krisis kepimpinan MB Selangor, Timbalan Presiden PKR yang juga MB Selangor dihadapkan ke Jawatankuasa Disiplin PKR TETAPI keadaan yang sebaliknya tidak berlaku di Kedah.

2. TS Khalid Ibrahim juga berhadapan dengan fitnah-fitnah parti beliau sendiri yang membawa kepada kes mahkamah sedangkan krisis MB Kedah tiada elemen fitnah memfitnah dan kes mahkamah.

3. Langkah Kajang terpaksa diumumkan dan krisis MB Selangor memakan masa berbulan-bulan dengan aktiviti ceramah dan propaganda kedua belah pihak sedangkan krisis MB Kedah hanya memakan masa dua minggu sahaja.

4. Krisis MB Selangor berakhir dengan TS Khalid Ibrahim dipecat dari parti dan mengisytiharkan dirinya sebagai ADUN (Bebas) Pendamaran dan Ahli Parlimen (Bebas) Bandar Tun Razak sedangkan Dato' Seri Paduka Mukhriz Mahathir masih lagi ADUN DAN AHLI PARLIMEN BARISAN NASIONAL.

Ringkasnya, UMNO lebih bijaksana dan harmoni dalam menangani krisis di kalangan para pemimpin parti berbanding PKR.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana