Betul Tetap Betul...Pesuruhjaya Malaysia ke UK pertahan Perdana Menteri dalam surat kepada Financial Times

PETALING JAYA: Pesuruhjaya Tinggi Malaysia ke United Kingdom dan Ireland Utara mempertahankan rekod prestasi Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berikutan kritikan terhadap beliau dalam satu laporan akhbar Financial Times baru-baru ini.

Dalam satu surat disiarkan di laman web Financial Times, Datuk Ahmad Rasidi Hazizi berkata Perdana Menteri sudah membuat “kemajuan jelas” sejak memegang jawatan pada 2009.

“Banyak rakyat Malaysia keliru dengan serangan terbaru akhbar anda terhadap rekod Perdana Menteri Najib Razak dan dakwaan bahawa kepemimpinan beliau di Malaysia “teruk”.

“Kenyataan itu berlawanan dengan kemajuan jelas lagi benar yang dicatat sejak beliau memegang jawatan pada 2009,” katanya dalam sekeping surat disiarkan pada Isnin.

Ahmad Rasidi menjawab sebuah catatan pengarang bertajuk “The threat Najib poses to Malaysia's reputation" (Najib menjejaskan nama baik Malaysia) yang disiarkan pada 28 Januari.

Sebagai contoh, beliau berkata, pendapatan kasar negara telah bertambah sebanyak 47.7%, 1.8 juta pekerjaan diwujudkan manakala pelaburan swasta di Malaysia meningkat tiga kali ganda selepas Program Transformasi Ekonomi diperkenalkan pada 2010.

Beliau turut menyatakan, pengangguran turut menurun ke bawah paras 3% manakala kadar kemiskinan dikurangkan pada kadar separuh.

Ahmad Rasidi turut menyatakan perhubungan Malaysia dengan China dan Amerika Syarikat turut erat dengan Presiden Barack Obama baru-baru ini menggambarkan suara Malaysia sebagai “penting dalam perbincangan peringkat antarabangsa terhadap keganasan”.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana