Bekas Ketua Polis Negara sokong kaji semula OSA...Hanya Orang Buat Salah Saja Yang Takut

Cadangan Peguam Negara, Tan Sri Mohamed Apandi Ali, untuk mengkaji semula hukuman Akta Rahsia Rasmi (OSA) 1972 adalah wajar bagi memastikan kerahsiaan maklumat kerajaan dipelihara, kata bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan.

Beliau berkata, pelaksanaan itu penting bagi membendung pihak tertentu mengambil kesempatan memutarbelitkan sesuatu maklumat.

"OSA satu undang-undang penting, setiap negara ada kerahsiaan masing-masing. Apa-apa rancangan yang dibuat oleh negara perlu ada perancangan yang teliti untuk membangunkan negara, jadi oleh sebab itu segala tindakan dibuat adalah kerahsiaan.

"Menjaga kerahsiaan itu penting sebab itu perlu ada akta-akta rasmi ini, maklumat ini boleh diputarbelitkan oleh mana-mana pihak yang kemudiannya akan merosakkan sesebuah negara," katanya.

Bagaimanapun, katanya, pelaksanaan dan penguatkuasaan undang-undang juga penting bagi menunjukkan sejauh mana keberkesanan pindaan akta itu.

"Saya ingin menyatakan di sini bahawa ada undang-undang sahaja tetapi tiada penguatkuasaan tidak guna, paling penting ialah penguatkuasaan.

"Tindakan tegas perlu diambil terhadap mana-mana pihak yang mengeluarkan sesuatu rahsia tanpa apa-apa fakta dan rahsia itu penting untuk negara berkenaan.

"Sebab itu saya setuju mereka ini dikenakan hukuman yang lebih berat," katanya.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana