BAGAIMANA MALAYSIA NAK JADI NEGARA BEBAS FITNAH KALAU PEMBANGKANG ASYIK MEMBANGKANG.!!

Pagi Sabtu semalam, saya terbaca satu artikel disiarkan The Malaysian Insider, antara lain memaparkan kenyataan Ahli Parlimen PKR, N Surendran.

Surendran antara lain memetik hak kebebasan bersuara menggunakan Artikel 10(1)(a), Perlembagaan Persekutuan termasuk kebebasan mengkritik kerajaan sebagai membantah sebarang tindakan terhadap mana-mana pihak yang mengeluarkan kenyataan memburukkan kerajaan dan ‘slander’ atau fitnah.

Kenyataan Surendran ini sebagai susulan kepada kenyataan Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Salleh Keruak yang memberi amaran kepada individu yang memuatnaik kandungan berbentuk menghina melalui laman web dan blog.

Surendran menyatakan tindakan itu sebagai menafikan hak kebebasan bersuara walhal sebagai seorang peguam dia tentu tahu apa yang dimaksudkan mengenai kandungan jelik termasuk fitnah, mengaibkan serta berniat memalukan, mengaibkan dan mengancam individu lain. Tidak mungkin Surendran sebagai seorang peguam tidak tahu interpretasi undang-undang disebutkan Salleh ini?

Apa yang tidak dinyatakan Surendran secara terperinci akan Artikel 10 Perlembagaan Persekutuan itu, ia antara lain turut menyebut hak kebebasan bersuara itu perlulah wujud sekatan demi kepentingan keselamatan Persekutuan, mengelak penghinaan terhadap mahkamah, fitnah atau perbuatan mengapi-apikan supaya dilakukan sesuatu kesalahan.

Ia jelas menyebut mengenai fitnah dalam Artikel 10 Perlembagaan Persekutuan itu maka agak pelik apabila seorang peguam menggunakan interpretasi sedemikian rupa.

Adakah maksud Surendran agar dibenarkan sahaja segala jenis fitnah hingga boleh meruntuhkan ekonomi, meruntuhkan institusi kerajaan yang dipilih secara demokrasi, kerana menggunakan kebebasan bersuara?

Bolehkah Surendran memastikan setiap fitnah yang ditabur terutama oleh pihak pembangkang akan ‘dikaji terlebih dahulu’ oleh rakyat?

Adakah maksud Surendran dibiarkan sahaja segala jenis tohmahan dan segala jenis muatnaik foto menghina pemimpin negara atas asas kebebasan bersuara?

Adakah maksud Surendran dibiarkan sahaja sesiapa sahaja menuduh yang bukan-bukan atas nama kebebasan bersuara dan apabila dibawa ke mahkamah, defendan mengaku dia hanya bergurau?

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana