Azmin Ali Cukup Risau Dengan Kedudukan MB Nanti...Jika

Azmin Ali sedar nilai 'pengundi" PAS, masih harapkan PAS tidak akan buat "keras kepala" bertanding 3 penjuru

Keengganan Pas menyertai prinsip satu lawan satu memungkinkan pertembungan tiga penjuru dalam PRU akan datang yang memberi faedah lebih besar kepada parti berkenaan berbanding PKR .

Penganalisis politik, Prof Dr Fuad Mat Jali berkata, Timbalan Presiden PKR, Datuk Seri Mohamed Azmin Mohammed Ali mempertahankan prinsip satu lawan satu kerana bacaan politik beliau mendapati, kekuatan sokongan Melayu di Selangor berada di tangan Pas.

“Ketiadaan Pas menyebabkan Pakatan Harapan goyah kerana Pas adalah simpati yang menjadi aset kepada DAP atau PKR untuk memenangi PRU14.

“Sebab itu sampai sekarang Azmin masih menaruh harapan supaya Pas bersama pakatan untuk memudahkan percaturan kerusi nanti,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika diminta memberikan pandangan mengenai kesungguhan Azmin yang mahu mempertahankan prinsip satu lawan di Selangor bagi menumbangkan BN.

Menurutnya, undi Melayu akan berpihak pada Pas jika Azmin gagal mempertahankan prinsip satu lawan satu di negeri berkenaan

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana