Azmil Mustapha tetap ke surau walau belum sihat...Semoga SIhat Selalu...Aamiin

PELAKON era 80-an Mohd Azmil Mustapha yang terkenal dengan filem 'Ali Setan' dikatakan tetap mahu berjemaah di surau dekat rumahnya walaupun keadaannya masih belum pulih sepenuhnya.

Perkara itu dikongsi adiknya, Aziph melalui tulisan di Facebook dengan beberapa keping gambar, Selasa lalu.

“Alhamdulillah, Abang Azmil bangun rasa lebih sihat dan bertenaga pagi ini. Dia bangun awal dan berkobar-kobar nak ikut saya pergi surau untuk berjemaah Subuh.

“Saya cuak juga nak bawak,  tapi dia kata ‘I'm fine’ (saya baik-baik sahaja). Jadi, saya pun tolak dia menggunakan kerusi roda mini yang dibelikan oleh anaknya. Surau dekat sahaja dalam 500 meter,” ceritanya lagi.

Sebelum ini, pelakon berusia 63 tahun itu dimasukkan ke Hospital Putrajaya akibat masalah jantung namun dibenarkan keluar hospital selepas kira-kira enam hari menerima rawatan.

Sementara itu, menurut Aziph jemaah di surau itu terkejut namun gembira melihat Azmil hadir untuk bersama-sama mereka.

“Namun sebaik sahaja taslim, Abang Azmil dah tak larat duduk atas kerusi. Dia turun duduk atas lantai, dan kemudiannya terbaring. His breath was laboured and he looked in pain. We let him rest there for a while (Ketika bernafas, dia kelihatan seperti dalam kesakitan. Kami biarkan dia berehat di sana untuk seketika).

“Setelah semua jemaah pulang, tinggallah kami dua beradik dalam surau. Lebih 20 minit juga Abang Azmil cuba mendapatkan balik nafasnya dan tenaganya.

"Perlahan-lahan dia mengesot ke muka pintu surau dan sambung berehat di sana pula. Setelah 10 minit lagi, baru boleh dia bangun perlahan-lahan dan duduk atas kerusi roda untuk perjalanan pulang ke rumah,” katanya.

Beliau juga mengharapkan orang ramai mendoakan kesihatan Azmil  agar kembali kuat untuk teruskan perjuangan.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana