Awok tersingkir bukan isu lucah

Ketiga-tiga anggota kumpulan Awok iaitu Ain, Fiza dan Ayie mengakui mereka belum cukup matang untuk beraksi di pentas Maharaja Lawak Mega 2016 (MLM 2016) pada minggu-minggu berikutnya.
Awok yang diumumkan kumpulan yang tersingkir pada minggu kedua Maharaja Lawak Mega selepas menerima undian terendah, dua minggu berturut-turut.

Mengulas pengingkiran mereka dalam MLM 2016, Ayie berkata, mereka masih dalam fasa mencari idea-idea lawak yang boleh diterima peminat dan penonton MLM.

“Memang agak ‘biru’ jugak apabila orang tak gelak tengok persembahan kami. Itu perkara biasa buat kami yang masih baru lagi dalam dunia komedi.

"Mungkin juga kematangan kami di atas pentas yang masih cuba mencari idea lawak yang boleh diterima umum.

“Kami rasa semua pelawak baru mengalami situasi yang sama seperti kami. Bukan senang untuk berada di atas pentas yang besar seperti MLM,” kata Ayie, mewakili kumpulan Awok.

Tambah Ayie lagi, mereka memang layak disingkirkan kerana persaingan hebat daripada kumpulan-kumpulan lain yang lebih berpengalaman.

“Mungkin belum ada rezeki lagi untuk Awok berdiri sebaris dengan pelawak-pelawak hebat yang lain. Kami sudah cuba yang terbaik dan redha apabila tersingkir di minggu kedua MLM 2016,” katanya.

Kumpulan Awok yang dikatakan lucah dan keterlaluan,  dalam membuat persembahan secara langsung di skrin TV, bagaimanapun dinafikan oleh pengurusan stesen TV ini.

“Para peserta juga tahu lawak yang keterlaluan tidak boleh dibawa naik ke atas pentas. Sebenarnya lawak yang cuba disampaikan oleh Awok mempunyai maksud yang berlainan. Cuma pembawaan jalan cerita mereka seakan kelihatan seakan lucah.

“Kami akan sentiasa memantau dan memastikan pelawak tidak tampil dengan lawak-lawak yang kurang menyenangkan,” kata Pengurus Saluran Astro Warna (132), Emarina Kamal.

MLM 2016 dihoskan oleh Datuk AC Mizal dan bersiaran setiap hari Jumaat, pukul 10 malam bermula 29 Januari lalu bersiaran di saluran Astro Warna (132) dan Mustika HD (134).

Mengenai pembabitan pelawak baru dan lama bermula minggu pertama program realiti komedi ini, menerima banyak komen positif oleh peminat di media sosial.

Rata-rata peminat berkongsi rasa gembira dan memberi sokongan positif kepada barisan pelawak baru yang berpeluang merasai pengalaman baru beraksi di atas pentas MLM 2016 menjadi keistimewaan program ini.

Antara gabungan kumpulan yang bakal menjadi perhatian adalah LOL yang diwakili oleh Angah Raja Lawak bersama Tauke Jambu dan Ajak Shiro serta kumpulan Joras yang diwakili oleh Shuk SYJ, Rahim R2 dan Joey Jalor.

Malah MLM 2016 turut memperkenalkan dua peserta solo yang cukup dikenali di arena ‘Stand-up Comedy’ tanah air iaitu Reza Mukmin dan Kavin Jay.

Lebih menarik, bekas naib juara program Raja Lawak musim kedua, kumpulan Cham yang dianggotai oleh Azrul dan Along kembali bersatu selepas kedua-duanya mengambil keputusan untuk bergerak secara solo sebelum ini.

15 kumpulan bakal merebut gelaran juara yang bakal membawa pulang wang tunai bernilai RM500,000 beserta trofi, naib juara RM250,000, tempat ketiga, RM150,000, keempat RM50,000 dan kelima RM15,000.

Empat barisan juri tetap iaitu penyanyi Ziana Zain, hos TV Najeeb Ali, pelakon Shaheizy Sam  dan pelakon Bunga Cinta Lestari dari Indonesia berjaya memberi ulasan membina kepada kesemua peserta.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana