APa Punya Bangang Lah Bergurau Seperti ini....Laporan juruterbang MH370 ditemui selamat di Taiwan palsu

Laporan sebuah portal berita kononnya juruterbang pesawat MH370 yang hilang hampir dua tahun lalu ditemui selamat di Taiwan, adalah palsu.

Berdasarkan penelitian, wujud keraguan fakta dalam berita oleh worldnewsdailyreport.com kononnya Kapten Zaharie Ahmad Shah ditemui penduduk kampung di tebing Sungai Tangshui, Isnin lalu.

mhasdhaw.transformed_1Ini kerana portal itu menggunakan gambar Timbalan Ketua Pengarah Kesihatan (Perubatan), Datuk Dr S Jeyaindran sebagai Dr Syed Boon Sulong yang kononnya kini merawat juruterbang berusia 53 tahun itu.

Gambar Dr Jeyaindran yang disiarkan portal itu dipercayai diambil daripada sebuah portal berita tempatan bertarikh 11 Oktober tahun lalu.

Manakala pesakit terbaring di katil hospital yang didakwa sebagai Zaharie pula adalah warga Myanmar dikenali sebagai Aung Myo Oo yang dirawat di ibu negara pada 3 Jun 2013.

Sementara itu, Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar ketika dihubungi menyifatkan laporan disiarkan portal berita itu sebagai tidak benar.

“Pembohong,” katanya ringkas.

Pesawat Boeing 777-200ER milik Malaysia Airlines Bhd (MAB) dengan nombor penerbangan MH370 membawa 239 penumpang dan anak kapal itu hilang pada 8 Mac 2014 ketika dalam penerbangan ke Beijing, China.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana