Alhamdulilah.....Pusat Pendidikan Al Barakah penyumbang kemasukan pelancong ke Perak

Pelik tapi benar... Pusat Pendidikan Al Barakah yang terletak di Manjoi, Ipoh tidak termasuk dalam peta pelancongan negeri secara rasmi namun ia diakui sebagai penyumbang kepada kemasukan pelancong ke negeri Perak.
   
Pelancong yang berkunjung ke  pusat pendidikan ini sebenarnya teruja dengan keupayaan pengasas pusat ini iaitu  Dato’ Ustaz Khazim Elias yang  secara solo berjaya membangunkan  pusat pendidikan ini dengan tanpa bantuan dana kerajaan.
Jika kita berada di pusat ini lebih-lebih lagi pada hujung minggu kita dapati deretan bas dari luar negeri Perak membawa orang ramai. Begitulah pemandangan setiap minggu sepanjang tahun.

Bagi yang bernasib baik dan  jika ditakdirkan tidak  ada aktiviti lain, Ustaz Khazim berada di pusat menyambut kehadiran mereka. Beberapa majlis penerangan mengenai aktiviti dan konsep pendidikan dilakukan oleh Ustaz Khazim sendiri.

Sebenarnya pusat pendidikan Al Barakah sudah lama menjadi gamitan pelancong luar dan dalam. Terdapat juga masyarakat bukan muslim  berkunjung untuk mengetahui dan pada masa sama mempelajari lebih lanjut mengenai pusat ini.

Sejak bergelar pendakwah bebas, Ustaz Khazim berjaya menaikkan nama al Barakah.  Popularitinya berjaya menarik orang ramai sama ada atas nama mengikuti pengajian keagamaan,juga untuk sekadar datang “berkunjung dan bergambar dengan beliau.”

Ustaz Khazim tidak mengelak dari memenuhi permintaan peminatnya untuk bergambar kenang-kenangan dengannya.”Orangnya tak sombong . . . . masih muda dan handsome pulak. Pusat pendidikan ini mempunyai kaedah pendidikan yang jauh lebih baik dari beberapa sekolah swasta agama di Negara ini,”kata seorang pengunjung dari utara yang ditemui.

Tentulah yang beliau maksudkan ialah pengasas pusat ini kalau bukan Ustaz Khazim sendiri.

Sekadar rekod, beliau lahir di Kampung Paya,Batu Kurau, Selama, Perak pada 28 November 1972 dari sebuah keluarga miskin dan mempunyai 9 adik beradik, beliau anak ke7. Bapanya, Elias  Che Mat, manakala ibunya, Nazirah  Ismail merupakan guru agama di sekolah di Batu Kurau. Ustaz Khazim menjadi yatim apabila bapanya meninggal dunia semasa beliau berusia 8 bulan.

Pada 1995, beliau membuka kelas pengajian di sebuah rumah kedai di Jalan Maxwell, Ipoh. Beliau membuat keputusan memindahkan operasi ke rumah kedai dua tingkat  di Silibin kerana mendapati tempat lama sesak dengan jumlah para pelajar.

Pada  2004 melalui satu lelongan awam, beliau membeli sebidang tanah dengan harga RM 45,000 bagi tujuan pembinaan pusat pendidikan. Ia terletak  di  Jalan Pemimpin, Kg Manjoi. Maka bermulalah secara rasmi   bangunan Pusat Pendidikan Al Barakah yang pertama. Untuk rekod, pusat ini dirasmikan  MB Perak Tan Sri Tajol Rosli pada 2006.

Bagi warga pusat ini, hari ini (Khamis) amat bersejarah apabila Menteri Besar ke11, Dato Seri Dr.Zambry Abd Kadir , Timbalan Menteri di JPM Datuk Dr.Ashraf Wajidi Dusuki dan tetamu VIP lain melakukan kunjungan hormat.

Dalam ucapan sebagai mengulas permintaan Ustaz Khazim,Dr.Zambry  berkata kerajaan negeri akan mengkaji menjadikan pusat pendidikan ini sebagai mahad tahfiz berasrama penuh.

Bagi tujuan itu Menteri Besar berkata kerajaan negeri akan mengadakan perbincangan lanjut melalui Jabatan Agama Islam NegeriPperak (JAIPk) mengenai tawaran itu dan melihat segala aspek berhubung cadangan berkenaan secara positif.

Katanya, langkah untuk menjadikan pusat berkenaan sebagai maahad tahfiz berasrama penuh adalah selaras dengan matlamat kerajaan negeri perak untuk mewujudkan maahad tahfiz berasrama penuh disetiap daerah di seluruh Negeri Perak.

``Kerajaan negeri akan memberi pertimbangan berhubung tawaran Ustaz Khazim Elias dengan sebaik-baiknya dan akan mengadakan perbincangan lanjutan melalui Jabatan Agama Islam Negeri Perak serta melihat segala aspek cadangan secara positif’’katanya.

Menurut Dr Zambry, kerajaan negeri telahpun memulakan pembinaan maahad-maahad tahfiz ini dibeberapa daerah termasuklah di Manjung yang telahpun siap, di Tapah yang kini dalam proses pembinaan dan juga di Lenggong yang akan dimulakan pembinaannya.

Dr Zambry juga berkata bahawa Pusat Pendidikan Al Barakah telah menjadi  sebagai pusat pelancongan Islam di negeri Perak.

Beliau berkata, ini berikutan peningkatan jumlah kedatangan pelancong dalaman ataupun domestik ke negeri Perak dalam tempoh dua tahun berturut-turut. Tahun lalu Perak mencatat kedatangan sebanyak 6.3 juta pelancong berbanding tahun sebelumnya sebanyak 6.1 juta pelancong.

Dr zambry berkata, b eliau percaya sebahagian kedatangan pelancong ini disumbangkan melalui kedatangan mereka ke pusat pendidikan al Barakah dan termasuk mereka yang datang ke kediaman menteri besar melalui program anjuran Ustaz Khazim Elias.

Dalam lawatan rasmi itu juga, Menteri Besar  mengumumkan peruntukkan RM500,000 daripada kerajaan negeri kepada Pusat Pendidikan Al Barakah.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana