Akhirnya…PAS putus hadapkan Datuk Husam Musa ke Jawatankuasa Disiplin

Gelagat bekas Naib Presiden PAS Datuk Husam Musa yang masih nak kekal  dalam PAS tetapi secara terbuka ‘buat perangai’ komplen dan hentam pimpinan PAS sendiri bukan satu isu baru.

Ia berlaku sebelum pemilihan PAS yang lalu dimana geng Mat Sabu habis tewas dan sudah buka parti baru,Amanah.

Selain merungut pasal Presiden PAS Datuk Haji Hadi Awang,Ahli Dewan Undangan Negeri Salor ,Kelantan juga hentam pentabiran pimpinan PAS di negeri itu termasuk soal balak.

Beliau juga pernah hadir di majlis anjuran Amanah.

Husam juga dilaporkan desak Nain Presiden PAS Datuk Mohd Amar Nik Abdullah dan Setiausaha Agung PAS Datuk Takiyuddin Hassan letak jawatan.

PAS selama ini memang jarang hadapkan orang besar parti itu ke Jawatankuasa Disiplin.

Ini mesti hal serius bila mesyuarat Jawatankuasa Pusat PAS Sabtu memutuskan untuk hadapkan Husam ke Jawatankuasa Disiplin PAS.

Keputusan itu dibuat setelah mesyuarat di ibupejabat PAS di Kuala Lumpur mengkaji semua komplen terhadapnya dari PAS Kelantan dan bahagian-bahagian.

Timbalan Presiden PAS Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man dalam sidang akhbar kata prosiding terhadap Husam akan dipengerusikan oleh pengerusi Jawatankuasa Disiplin Daeng Sausi Daeng Mariok.

Sementara itu Husam kata beliau akan menunggu surat rasmi sebelum siapkan hujah pertahan diri.

Beliau iuga kata akan kemuka kepada Jawatankuasa Disiplin apa yang didakwanya sebagai kesalahan yang dilakukan oleh pimpinan parti terhadap PAS dan Islam.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana