Adusss Tabung Haji Muflis Lah.....RM160 juta subsidi jemaah haji tahun ini

KUALA LUMPUR: Tabung Haji (TH) memperuntukkan RM160 juta sebagai subsidi untuk mengurangkan kos haji kepada lebih 20,000 bakal jemaah Malaysia, tahun ini.

Pengerusinya, Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim, berkata setiap jemaah hanya perlu membayar kos RM9,980 untuk menunaikan haji berbanding kos sebenar iaitu RM18,890 seorang.

"TH akan menanggung kos subsidi haji sebanyak RM8,910 seorang dengan jumlah keseluruhan sebanyak RM160 juta pada tahun ini.

"Jumlah itu menunjukkan peningkatan sebanyak 27 peratus berbanding tahun 2015," katanya pada sidang media selepas pengumuman bonus tahunan pendeposit TH, di sini, hari ini.

Beliau menjelaskan kos keseluruhan subsidi haji yang ditanggung TH selama 10 tahun adalah sebanyak RM815 juta.

Katanya, ia membuktikan kedudukan kewangan TH yang kukuh dan komitmen kepada jemaah haji setiap tahun.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana