Adakah anda semua ingat akan Prof Di Raja Ungku Aziz?

orang tua berjanggut putih yang mulutnya tak pernah lekang dari senyuman manis. Semakin tua semakin bertambah manis senyumannya.

Orang tua itulah yang telah membuat kajian dan menyediakan kertas kerja lalu dibentangkan pada tahun 1959 pada orang-orang besar negara. Kertas kerja bertajuk,"Rancangan Membaiki Ekonomi Bakal-bakal Haji", itu telah diterima dengan baik.

Hasil daripada kajian dan pembentangan kertas kerja itu, maka pada tahun 1963, tertubuhlah Tabung Haji yang pada masa ditubuhkan telah diberikan nama Perbadanan Wang Simpanan Bakal-bakal Haji. Penubuhan perbadanan itu berlaku pada November tahun 1962.

Dan kemudiannya perbadanan itu mula beroperasi pada 30 Sept 1963. Jadi pada 30 sept 2013 baru-baru ini telah genaplah umur Tabung Haji selama 50 tahun beroperasi di Malaysia. Mari kita lihat perbezaan masa mula 50 tahun dulu dengan sekarang.

Tabung Haji 50 tahun dulu:

1.Punyai seramai 13 orang petugas sahaja
2.Ada seramai 1,280 pendeposit sahaja
3.Ada sejumlah RM46,600 simpanan sahaja ketika itu.
4.Beribu pejabat kcil di sebuah pejabat di jalan Ipoh, KL.

Tabung Haji Hari ini setelah 50 tahun:

1.Simpanan dan dana sejumlah lebih daripada RM41 Billion !!! melayakkan Tabung Haji menjadi sebuah badan pengurusan dana Islam di negara kita yang paling besar sekali.
2.Terdapat lebih daripada 8 juta pendeposit sekarang.
3.Ada sebanyak 119 cawangan di seluruh negara tak termasuk sebanyak 6,000 pusat perhubungan dan juga sebuah pejabat operasi di Arab Saudi.

Daripada semua data di atas, walau apa cara sekalipun kredit perlu diberikan pada orang tua janggut putih dengan senyuman manis yang saya sebutkan di atas tadi.

Kalau ada di kalangan para ustaz atau ahli parti politik islamik atau pergerakan tolak demokrasi yang tak berapa setuju dengan Ungku Aziz kerana dia tak lilit serban dan tak reti kepalai tahlil atau kerana dia bukan dikalangan golongan ulama yang tak layak jadi ketua...

... eloklah tuan-tuan semua muhasabah sikit dan tanya diri sendiri apakah usaha yang jauh lebih baik yang aku telah, sedang atau akan buat agar melebihi orang tua itu sebelum anda nak kata atau kondem apa-apa.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana