Zaman Tun M krisis lagi hebat – Mahdzir Khalid

Isu yang melanda Kedah ketika ini bukan satu krisis, sebaliknya ia sekadar desakan untuk pertukaran kepimpinan di negeri itu.

Ahli Parlimen Padang Terap, Datuk Seri Mahdzir Khalid berkata, apa yang berlaku di Kedah ketika ini dianggap perkara kecil, berbanding keadaan yang pernah dilalui Umno, ketika zaman pentadbiran Tun Dr Mahathir Mohamad selaku Presiden Umno dan Perdana Menteri.
“Suasana mungkin berbeza, saya kira dalam mana-mana organisasi, akan ada penyelesaian yang boleh dibuat bila berlaku, kalau boleh dianggap sebagai krisis.

“Di zaman Tun sendiri dulu, waktu beliau jadi PM, 22 wakil rakyat Kedah pada waktu itu, sebenarnya telah menurunkan tanda tangan untuk mempertahankan Tan Sri Osman Aroff sebagai Menteri Besar.

“Tetapi, Tun pada waktu itu adalah PM dan beliau juga sudah buat keputusan. Walaupun ditentang 22 wakil rakyat, Tun terus juga meminta Tan Sri Osman Aroff untuk berhenti daripada jawatan Menteri Besar dan menggantikan dengan Tan Sri Sanusi.

“Jadi, saya ingat keadaan itu, bila datang dalam sesuatu keadaan, tentu ada kaedah penyelesaian pada waktu itu yang bersesuaian pada waktu itu,” katanya selepas Majlis Perasmian Pecah Tanah Loji Air Felda Lubuk Merbau, hari ini.

Beliau mengulas kemelut pertukaran MB Kedah yang kini disandang Datuk Seri Mukhriz Mahathir, atas asalan gagal mempersiapkan jentera parti bagi menghadapi Pilihan Raya Umum (PRU) ke-14 serta Mukhriz dikatakan sering berada di KL dan sukar ditemui di Kedah.
Mahdzir juga menambah, pada zaman pentadbiran Dr Mahathir, krisis lebih besar berlaku dalam Umno yang dianggapnya ujian biasa perlu dihadapi setiap parti pemerintah mahupun parti pembangkang.

Untuk itu, beliau yakin Barisan Nasional (BN) dan Umno akan kekal sebagai kerajaan negeri selepas PRU14, meskipun banyak pihak yang mempertikaikan kemampuan parti itu untuk mempertahankan Kedah, ekoran isu yang kini melanda negeri jelapang padi itu.

“Krisis dalam parti seperti ini bukan kali pertama…kalau kita ambil, macam-macam sudah krisis yang berlaku, sama ada di peringkat nasional mahupun negeri…Kalau ambil urutan parti politlk, bukan sahaja Umno, parti apa sekalipun, dia telah melalui proses yang panjang.
“Macam PAS, sampai hari ini, parti yang lahir daripada rasa tak puas hati daripada PAS itu dah berapa banyak? Hamim, Berjasa dan yang terbaru ini PAN (Parti Amanah Negara).
“Jadi, macam itu juga Umno. Kalau ambil dari dulu sampai sekarang ini, Umno itu telah melalui satu proses yang panjang.

“Kalau nak kira krisis besar, ada yang kumpulan A dan kumpulan B dalam parti, Kumpulan B lawan Kumpulan A…kumpulan B diketuai Tengku Razaleigh…kumpulan A diketuai Tun Mahathir…lawan dalam parti pada waktu itu.

“Tetapi pokoknya, bagaimana nak menguruskan situasi itu pada waktu itu. Kalau macam di Kedah ini, ada satu kumpulan yang mendesak dan kalau kita boleh mengurus dengan baik, saya percaya kita boleh melaluinya,” jelas Menteri Pendidikan itu lagi.

Pada masa sama, beliau berkata, tiada keperluan untuk Dewan Undangan Negeri bersidang bagi menukar kepimpinan Mukhriz di Kedah, memandangkan desakan itu daripada suara parti.
“Dia bukan melibatkan dewan, ini melibatkan dalam parti. Kenapa perlu libatkan dewan? Sebab yang bawa itu pemimpin parti di peringkat bahagian yang disebut sebagai Ketua-ketua Umno Bahagian,” katanya.

Kemelut MB Kedah bermula, susulan sidang media yang diketuai Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kedah, Datuk Ahmad Bashah Md Hanipah, pada Rabu lalu, yang mengumumkan majoriti pemimpin parti negeri itu sudah hilang keyakinan terhadap kepimpinan Mukhriz.

Ia disusuli pertemuan tertutup antara kumpulan Ahmad Bashah dan Najib di Ibu Pejabat Umno, ibu negara.

Ketika namanya disebut-sebut bakal menggantikan Mukhriz, Ahmad Bashah bagaimanapun menafikan beliau gila jawatan dan mahu menggulingkan anak Dr Mahathir.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana