Tabung Haji Mangsa Fitnah 'Pakar Kewangan Facebook'

ULASAN Saya dihubungi banyak pihak mengenai penyebaran surat Bank Negara Malaysia (BNM) kepada menteri dan pengerusi Tabung Haji mengenai pendekatan Tabung Haji memberikan bonus dan dividen yang tinggi sepanjang 2012-14 hingga menyebabkan kejatuhan nilai rizab Tabung Haji.

Hanya bersandarkan surat ini, maka ramai telah menjatuhkan hukuman dan mencetuskan polemik fitnah seolah-olah kononnya Tabung Haji mengalami kerugian, dividen tidak mampu dibayar, pengurusan kewangan Tabung Haji lemah hinggalah kepada serangan-serangan peribadi bersifat ghibah dan fitnah terhadap beberapa individu pengurusan tertinggi Tabung Haji.

Saya tidak berhasrat untuk buat penjelasan satu persatu tuduhan yang dilemparkan kepada Tabung Haji kerana pihak Tabung Haji telah pun diarahkan untuk mengeluarkan kenyataan penjelasan terperinci mengenai isu yang dibangkitkan pada hari ini.

Bagaimanapun, nasihat saya kepada 'pakar-pakar kewangan segera' Facebook dan media-media sosial lain, eloklah ambil kira beberapa poin dan garis panduan berikut sebelum buat ulasan mahupun komentar berbaur fitnah berasaskan surat BNM yang difahami di luar konteks dan sewenang-wenagnnya disebarkan:

(1) Kena faham apa maksud rizab? Apa beza rizab dan fungsinya bagi sebuah institusi kewangan seperti bank dengan institusi pelaburan seperti Tabung Haji. Kesannya juga berbeza.

(2) Kena faham model perniagaan sebuah bank dengan model perniagaan Tabung Haji. Bank buat duit dengan bagi pinjaman dengan menggunakan modal daripada wang-wang para pendeposit. Sedangkan Tabung Haji menjana keuntungan melalui pelbagai bentuk pelaburan termasuk dalam bidang harta tanah, pasaran saham, dan pemilikan syarikat dan subsidiari yang menjalankan pelbagai perniagaan termasuk Bank Islam.

(3) Kena faham beza struktur kunci kira-kira sebuah bank dengan kunci kira-kira Tabung Haji. Ini termasuklah komponen aset dan liabiliti dalam kunci kira-kira sebuah bank dengan komponen aset dan liabilitikunci kira-kira Tabung Haji.

(4) Memahami struktur kunci kira-kira Tabung Haji dan bezanya dengan sebuah bank akan membantu kita memahami apa bentuk risiko yang dihadapi oleh bank berbanding Tabung Haji yang menjadi kebimbangan BNM.

(5) Harus juga tahu bahawa Tabung Haji tidak dikawal selia BNM. Namun keprihatinan BNM ada asasnya jika Tabung Haji rugi hingga terpaksa guna wang negara untuk tanggung kerugian Tabung Haji jika ia berlaku, waiyyazubillah. Bagaimanapun, persoalannya apakah benar Tabung Haji rugi?

(6) Kena membaca dokumen kewangan atau kunci kira-kira dan penyata untung rugi Tabung Haji secara keseluruhannya bukan bergantung kepada satu bahagian sahaja seperti bahagian liabiliti dan rizab.

(7) Mesti memahami peraturan-peraturan perakaunan antarabangsa yang baru sebagaimana dikehendaki dalam International Financial Reporting Standard (IFRS) terutamanya aspek penilaian rizab, aset dan liabiliti yang digunakan.

Semua garis panduan di atas perlu diambil kira sebelum kita buat ulasan yang akhirnya menyebabkan kita begitu mudah menjatuhkan hukum bahkan sewenang-wenangnya mengeluarkan kenyataan fitnah dan tohmah tanpa rasa sedikit pun khuatir akan dosa jariah dan muflis akhirat yang diamarankan junjungan Nabi Muhammad SAW.


DR ASYRAF WAJDI DUSUKI

TIMBALAN MENTERI JPM

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana