Jangan Bagi Muka Kepada PAN Ni...Kelantan pecat Ketua Kampung yang terlibat dengan AMANAH

Sebagai langkah kesinambungan PAS Kelantan melaksanakan gerak kerja kerajaan negeri, parti tersebut memecat kesemua penghulu kampung yang terlibat secara langsung dengan program anjuran Parti Amanah Negara (PAN).

Timbalan Menteri Besar Kelantan, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah berkata, langkah itu sejajar bagi memastikan agenda kerajaan negeri tidak terganggu dengan unsur-unsur dari PAN.

“Pelantikan jawatan penghulu ini dibuat atas asas politik, jadi dia kena bersama kerajaan negeri. Kalau kita dapati ada yang menentang kerajaan, sama ada perbuatan atau kata-kata, kita terpaksa ambil tindakan.

“Sebelum ini memang sudah ada beberapa kes yang kita tidak lantik semula, sebaliknya kita ganti mereka dengan orang lain,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri Majlis Penyampaian Watikah Pelantikan Penghulu 2016, di sini, semalam.

Mohd Amar yang juga Pengerusi Majlis Penghulu Kelantan menjelaskan, selain dipecat, penghulu yang menentang kerajaan juga dikenakan amaran atau digantung tugas.

Beliau walaubagaimanapun enggan mendedahkan jumlah penghulu yang dipecat kerajaan negeri.

Malaysian Digest

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana