Indonesia jadikan SPRM sebagai model tangani kes rasuah...Hanya Pembangkang Buat BUTA MATA

Indonesia meletakkan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sebagai contoh sebuah badan tunggal yang menangani kes rasuah, ujar Timbalan II Bidang Kajian dan Pengelolaan Program Keutamaan Pejabat Petugas Presiden, Yanuar Nugroho.

Menurutnya seperti yang dipetik Tribun Nasional, Indonesia boleh mencontohi kaedah dan fungsi SPRM dan juga badan seumpamanya di Hong Kong yang berjaya mencapai Indeks Persepsi Rasuah (CPI) yang lebih tinggi daripada republik berkenaan.

Jelas Yanuar, di Malaysia dan Hong Kong hanya memiliki satu badan yang khusus menangani kes rasuah, sementara di Indonesia ia dikendalikan tiga pihak iaitu Komisi Pemberantasan Korupsi (KPK), Polis Republik Indonesia (Polri) dan badan kehakiman.

“Idea yang paling asas adalah kes rasuah perlu ditangani oleh satu badan tunggal. Kita boleh merujuk pada contoh mudah iaitu Malaysia dan Hong Kong. Malaysia itu meraih 54mata CPI,” ujarnya pada majlis Corruptions Perception Index 2015 di Jakarta, pada Rabu.

Yanuar yang mengajak penggubal dasar membincangkan cadangan itu berpendapat, dengan adanya lembaga tunggal antirasuah, maka pembahagian kuasa akan lebih jelas.

“Jika hanya ada satu pihak yang berkuasa menguruskan kes rasuah, polis boleh menangani hal jenayah lain manakala pihak kehakiman menguruskan hal perbicaraan.

“Jika kita serius mahu menangani rasuah, kita perlu berfikir mengenainya. Begitupun masih banyak yang perlu dibincang dengan pihak polis dan institusi kehakiman,” ujarnya.

Berdasarkan data CPI, Indonesia kini berada di kedudukan ke 88 dari 168 negara dengan 36 mata. Hongkong pula berada di kedudukan ke-18 dengan 75 mata sementara Malaysia berada di kedudukan ke-54 dengan 50 mata.

-Astro Awani

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana