FACEBOOK ISTERI PEGAWAI KANAN SPRM KENA SERANG GARA-GARA DEDAH TUGAS SUAMI

FACEBOOK isteri kepada Pengarah Bahagian Operasi Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Datuk Bahri Mohamad Zain, Datin Noor Haslina Abdullah yang ceritanya dipetik oleh pihak Tv14 semalam telah ditutup hari ini.

ARTIKEL RUJUKAN : BOLEHKAH ISTERI PEGAWAI SPRM DEDAHKAN RAHSIA KERAJAAN DI FACEBOOK?

Dipercayai selepas Facebook dan status-statusnya yang banyak menghentam dan memaki hamun Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak dikritik kuat oleh netizen, akhirnya dia dikatakan telah mengalah dengan menutup akaun tersebut.

Noor Haslina sejak dari dahulu lagi dikatakan telah menghentam Najib Razak dan Kerajaan Malaysia melalui akaun Facebook yang ditutup tersebut.

Malah melalui semakan beberapa netizen di media sosial mendapati, dia juga dipercayai mempunyai masalah dalam menguruskan Kolej Islam Sains dan Teknologi (KIST) selaku Ketua Pegawai Eksekutif atau CEO kolej tersebut.
Logikkah sebuah akaun Facebook atas nama kita sendiri digodam begitu lama tanpa kita sedari langsung? Bukannya sejam atau dua jam, tetapi berhari-hari digodam tanpa kita sedari adalah suatu cerita yang amat kelakar dan tidak masuk akal.

Apapun inilah natijah sekiranya kita terlalu bersungguh-sunggu mengikut nafsu mulut celupar memaki hamun dan menyebarkan fitnah keatas ulul amri.

Sebagai seorang isteri, janganlah masuk campur akan urusan kerja dan tugas suami, lebih-lebih lagi suami bekerja dalam sektor penyiasatan dan integriti.

Manakala suami pula sepatutnya menggalas amanah yang telah disumpah dalam ikrar taat setia perkhidmatan awam dengan tidak membocorkan apa-apa rahsia kerajaan kepada sesiapa.

Walaupun tidak menuduh Bahri membocorkan segala rahsia kerajaan kepada isterinya, namun nasihat ini tidak terkecuali untuk dirinya, lebih-lebih lagi mereka dilihat cenderung menyokong pembangkang.

Jadilah penjawat awam yang terus taat setia kepada pemerintah, bukankah itu arahan Allah? Dan bukankah Bahri sendiri berkata bahawa dia ada Allah, maka ikutlah arahan Allah iaitu mentaati pemerintah.

Allah berfirman dalam surat An-Nisaa:59 :

يَاأَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا أَطِيعُوااللَّهَ وَأَطِيعُوا الرَّسُولَ وَأُولِيالْأَمْرِ مِنْكُمْ

“Hai orang-orang yang beriman taatlah kalian kepada Allah dan taatlah kalian kepada rasul dan ulil amri kalian.”

– Tv14

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana