Dewan Rakyat kecoh, MP DAP sokong TPP?

KUALA LUMPUR - Suasana sesi perbahasan perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik (TPP) pagi ini kecoh apabila ahli-ahli Parlimen mencelah ketika Ahli Parlimen (DAP-Serdang), Ong Kian Ming sedang berbahas di Dewan Rakyat.

Ahli Parlimen Parit Sulong-BN, Datuk Noraini Ahmad diberi laluan mencelah dan beliau mengatakan Kian Ming sebenarnya bersetuju dengan TPP namun mahu ia ditambah baik.

"Saya nak ucapkan tahniah kepada YB Serdang atas hujah dan cadangan jawatankuasa tersebut di mana saya rasa ia elok dan saya juga bersetuju.

"Jadi, secara tak langsung semua (hujah) dan celah-mencelah terutama daripada Shah Alam (Khalid Samad), menunjukkan bahawa YB Serdang sebenarnya setuju dengan TPP ini cuma nak menambah baik sahaja," katanya.

Namun, Kian Ming segera menegaskan bahawa beliau akan menolak TPP semasa pengundian dan ia disambut dengan tepukan pada meja oleh ahli-ahli Parlimen pembangkang.

"Apa yang saya hujahkan ialah saya berdepan dengan realiti. Ia memang akan dilaksanakan. Jadi, apa yang saya lakukan ialah saya beri cadangan agar proses ini boleh diperbaiki," katanya.

Khalid Samad kemudiannya pantas mencelah dan mendakwa ahli-ahli Parlimen BN telah mendapat arahan parti untuk menyokong TPP.

"Kita dah tahu dah, kamu semua akan sokong (TPP)," katanya yang mengundang kekecohan sekali lagi.

Noraini juga mendakwa Khalid Samad telah mendapat arahan untuk menolak TPP daripada parti.

Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat, Datuk Seri Dr Ronald Kiandee kemudiannya menenangkan keadaan dan meminta Ong Kiang Ming menyelesaikan hujahnya.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana