Ada Hati Nak Jadi Ahli Majlis Aziz Bari Rupa Rupanya DiTolak....Malu Lah Sikit

PETALING JAYA: Kegagalan dua bekas ahli PKR, Dr Abdul Aziz Bari dan Abdul Razak Ismail menjadi ahli majlis kerajaan tempatan adalah disebabkan masalah teknikal, kata Ketua Penerangan PKR Selangor Shuhaimi Shafie.

Beliau dalam pada itu menafikan penolakan pelantikan kedua-dua calon itu kerana merupakan bekas ahli parti PKR.

Aziz sepatutnya mengangkat sumpah sebagai ahli majlis Majlis Ampang Jaya (MPAJ) atas kuota DAP, namun tidak dapat berbuat demikian berikutan namanya tiada dalam senarai.

“Siapa kata kita tolak (sebab mereka bekas ahli PKR), itu maklumat palsu, di peringkat awal kita punyai 30 nama ahli majlis yang banyak isu dibangkitkan dan daripada jumlah itu kita sudah selesaikan 16 nama ,” katanya dipetik The Malaysian Insider.

Beliau berkata, PKR mempunyai 14 nama ahli majlis bagi kerajaan tempatan dan menjangkakan minggu depan pimpinan parti akan dapat mengesahkan dan mengeluarkan senarai sah pelantikan ahli majlis.

“Daripada 14 ahli majlis yang perlu untuk kita sahkan dan daripada jumlah itu 2 darinya ialah dari (DAP), 4 (PAS) dan 8 (PKR).

“Ianya bukan sebab penolakan ianya lebih kepada masalah teknikal yang libatkan beberapa perkara yang kita tak boleh umumkan.

“Namun saya yakin dalam minggu depan kita boleh selesaikan secara berperingkat dan rasanya kalau berlaku beberapa perubahan ia tidak melibatkan jumlah ahli majlis yang banyak, hanya sedikit saja,” katanya.

Terdahulu, Aziz yang juga pensyarah undang-undang mengesahkan nama beliau tidak ada dalam senarai ketika membuat semakan di pejabat MPAJ, Khamis lalu.

Penolakan Aziz sebagai ahli majlis dipercayai dibuat berdasarkan isu teknikal memandangkan beliau tidak tinggal di kawasan Ampang Jaya tetapi di bawah kawasan Majlis Perbandaran Selayang (MPS)

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana