Siasatan Terhadap Nurul Izzah, Tian Chua Dirujuk Kepada Peguam Negara

KUALA LUMPUR: Siasatan kes melibatkan Naib Presiden PKR Nurul Izzah Anwar berhubung pertemuannya dengan Jacel H.Kiram, anak perempuan bekas ketua pengganas yang menceroboh Lahad Datu, Sabah pada 2013, akan dirujuk kepada Jabatan Peguam Negara dalam masa terdekat.

Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata pihaknya sudah selesai merakamkan percakapan Nurul Izzah, dan laporan itu akan dikemukakan kepada Jabatan Peguam Negara setelah pihaknya mengambil keterangan Anggota Parlimen Batu Tian Chua.

"Dalam satu dua hari ini kita akan panggil Tian Chua untuk rakam percakapan...selepas itu polis akan kemaskan siasatan dan serahkan kepada Jabatan Peguam Negara," katanya kepada pemberita selepas memakaikan pangkat kepada 21 pegawai kanan Polis Diraja Malaysia di sini, Isnin.

Nurul Izzah dalam kenyataannya sebelum ini mengakui beliau bertemu Jacel pada 9 Nov lepas semasa berada di Filipina bersama Tian Chua sebagai sebahagian daripada rombongan PKR bertemu dengan pelbagai pihak berkepentingan di negara itu.

Beliau sebelum ini dilaporkan membuat permohonan maaf selepas gambarnya bertemu Jacel di Filipina dimuat naik di laman Facebook mendapat kritikan, manakala pada Ahad, Tian Chua pula menafikan beliau adalah dalang pertemuan itu.

Dalam perkembangan lain, Khalid berkata peguam Americk Sidhu memaklumkan kesediaannya untuk bekerjasama dengan polis berhubung kenyataan yang dibuat anak guamnya, Charles Suresh Morais.

Charles, adik Timbalan Pendakwa Raya Anthony Kevin Morais, dilaporkan oleh portal berita Malaysiakini baru-baru ini yang mendakwa pembunuhan abangnya itu mempunyai kaitan dengan isu 1Malaysia Development Bhd (1MDB).

Khalid berkata Americk dijangka memberi keterangan sama ada hari ini atau esok.

"Kita terpaksa panggil beliau kerana kita nak tahu apa perbicangan beliau dengan Charles...pendedahan itu merupakan pendedahan yang serius," katanya.

Mayat Kevin, 55, ditemui di dalam tong dram berisi konkrit di Persiaran Subang Mewah, Subang Jaya pada 16 Sept lepas setelah beliau dilaporkan hilang pada 4 Sept lepas.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana